Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Che Nom via Facebook

Resipi Ayam Masak Sos Tiram Ala Thailand

Nurul Alya

Resipi Ayam Masak Sos Tiram Ala Thailand

Kalau nak diikutkan, antara makanan yang digemari oleh orang ramai adalah aneka hidangan yang berasaskan ayam. Contohnya, ayam goreng, ayam goreng sambal, sup ayam, tomyam ayam dan banyak lagi.

Ini tak bermaksud makanan laut tidak digemari, cuma lebih ramai yang menyukai lauk ayam, kan? Kadang-kadang, bila dah selalu sangat masak lauk ayam, sehinggakan anda dah tiada idea nak masak apa.

Kalau nak ulang hidangan yang sama, bosan pula nanti. Jadi, apa kata anda ikuti resipi ayam masak sos tiram ala Thailand ini? Resipi ini dikongsikan oleh Che Nom di laman Facebook. Mari kita belajar resipi ini bersama-sama!

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk perap ayam adalah setengah ekor ayam, setengah sudu kecil kunyit, setengah sudu kecil garam, satu sudu besar kicap manis dan satu sudu besar sos tiram.

Selain itu, resipi ini memerlukan setengah cawan minyak masak, lapan ulas bawang putih, tiga hingga empat tangkai cili merah besar, enam tangkai cili padi dan daun ketumbar.

Bahan-bahan yang lain adalah, satu sudu besar gula perang ataupun gula Thailand, dua sudu besar sos ikan, tiga hingga empat helai daun limau purut, dua sudu besar sos tiram, garam secukup rasa dan limau nipis.

Cara Memasak

Mula-mula, anda gaulkan ayam bersama kunyit, garam, kicap manis dan sos tiram. Setelah ayam digaul sekata dengan bahan-bahan itu, anda perapkan ayam selama 10 minit.

Selepas 10 minit, anda boleh gorengkan ayam sehingga ia masak. Setelah ayam sudah dimasak, anda letakkan di tepi dulu.

Untuk membuat kuah yang akan digaulkan dengan ayam, anda perlu memotong kasar bawang putih, cili merah besar dan cili padi. Daun ketumbar pula anda asingkan daun dan batang, dan potong kasar.

Selepas itu, bawang putih, cili merah besar, cili padi dan batang daun ketumbar dikisar kasar. Setelah dikisar, anda tumiskan bahan-bahan tersebut. Ketika ia ditumis, anda masukkan gula perang ataupun gula Thailand, sos ikan, daun limau purut, sos tiram dan juga lebihan air perapan ayam.

Masak sehingga ia pecah minyak dan menjadi pekat. Seterusnya, masukkan ayam yang telah digorengkan tadi dan gaulkan sehingga sekata. Masak sehingga kuah meresap ke dalam ayam.

Kemudian, anda perahkan jus limau nipis dan juga taburkan daun ketumbar. Gaulkan sekata dan angkat selepas ia sudah masak. Bila dah masak, anda hidangkan lauk itu. Dah siap! Resipi ini tak susah, kan? Selamat mencuba!

Sumber: Che Nom via Facebook

BACA JUGA: Resipi Ayam Varuval, Goreng Garing Baru Sedap!