Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mayat dua wanita
Kredit: Astro Awani

Sudah Kembung & Berbau, Mayat Dua Wanita Ditemui Dalam Kereta

Azizah Najib

Sudah Kembung & Berbau, Mayat Dua Wanita Ditemui Dalam Kereta

Pulau Pinang — Dua mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 20-an ditemui di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam semalam, lapor Astro Awani.

Penemuan mayat berkenaan dilakukan apabila orang awam mendapati terdapat titisan air dari sebuah kereta yang diletak di tepi jalan sebuah taman perumahan.

Mereka menemui kedua-dua mayat itu lebih kurang jam 5.30 petang sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan. Bantuan pihak bomba diperlukan bagi membuka pintu kereta yang terkunci kira-kira jam 7.41 malam.

BACA: Termakan Keropok Beracun: Dua Beradik Masih Tidak Sedarkan Diri

Sejurus tiba, anggota bomba yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) berjaya membuka pintu kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas.

Selepas menemui mayat dalam kereta itu, pihak bomba telah menyerahkan kes tersebut kepada polis bagi tindakan lanjut.

Pemeriksaan kedua-dua pihak berkuasa itu juga mendapati mayat yang berada di tempat duduk hadapan kereta jenis Honda WRV terbabit telah kembung dan berbau busuk.

Menerusi siasatan awal, kedua-dua mangsa berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.

Sementara itu, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat disahkan namun salah seorang mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan.

Ketika pemeriksaan, nombor telefon ahli keluarga salah seorang mangsa ditemui di atas papan pemuka kereta tersebut.

Kedua-dua mayat wanita itu seterusnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Sumber: Astro Awani

BACA: Tanah Runtuh Di Lombong Emas Indonesia Ragut 10 Nyawa, 43 Hilang

BACA: Greece Mula Perkenal Enam Hari Bekerja Dalam Seminggu