Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
dua beradik tidak sedarkan diri
Kredit: BERNAMA

Termakan Keropok Beracun: Dua Beradik Masih Tidak Sedarkan Diri

Azizah Najib

Termakan Keropok Beracun: Dua Beradik Masih Tidak Sedarkan Diri

GEORGE TOWN, 9 Julai (Bernama) — Dua beradik yang kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah pada Ahad lepas masih belum sedarkan diri dan kritikal setakat ini.

Kedua-dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Ibu mereka Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya Muhammad Akil Syauqi langsung tiada tindak balas badan dan paling kritikal berbanding adiknya dengan kedua-duanya masih koma.

“Menurut doktor yang merawat, abang paling kritikal dan sehingga sekarang masih tiada tindak balas badan langsung, manakala adik pula tekanan darah ‘ok’, kedua-duanya masih koma sekarang dan saya mohon doa semua untuk anak-anak saya.

“Doktor sedang berusaha sebaik mungkin, doktor sedang beri beberapa jenis ubat termasuk antibiotik, cuma sampai hari ini kedua-duanya masih belum sedar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HPP, di sini hari ini.

BACA: Tanah Runtuh Di Lombong Emas Indonesia Ragut 10 Nyawa, 43 Hilang

Semalam dilaporkan dua beradik lelaki kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Kulim dan Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata ibu kepada dua beradik itu menyedari kejadian pada 11 pagi selepas anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih.

Termakan keropok beracun untuk memerangkap monyet

Kedua-dua mangsa dipercayai mengambil satu peket keropok mengandungi racun tikus yang digantungkan pada dawai besi di sekeliling pagar kebun berdekatan, dipercayai digunakan untuk memerangkap monyet.

Mengulas lanjut, Nurain berkata ketika ini harapannya agar kedua-dua anaknya itu dapat sembuh segera, namun beliau redha dengan takdir yang telah berlaku.

Beliau juga masih belum memikirkan tindakan yang akan diambil kepada pemilik kebun yang juga jiran mereka yang dipercayai telah menggantung keropok mengandungi racun tikus itu kira-kira 50 meter dari rumah keluarganya.

”Saya tidak fikir nak buat apa, sekarang ini saya hanya fikirkan anak-anak, mungkin selepas anak sihat saya akan buat keputusan. Saya akan bincang dengan keluarga selepas ini, saya serah kepada keluarga,” katanya.

Menurut beliau, sebelum ini keropok yang diletakkan racun memang ada diletakkan di kawasan kebun berkenaan namun ia diletakkan di bahagian belakang kebun tersebut.

”Monyet memang banyak di kawasan kebun itu, sekarang pula musim buah-buahan, jadi mungkin pemilik kebun letakkan keropok yang ada racun bagi mengelakkan monyet memusnahkan kebun, tetapi kali ini pemilik letakkan keropok yang ada racun di bahagian depan kebun pula,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Kemalangan Semasa Tunggang Basikal

BACA: Pasangan Warga Emas Maut Kereta Dinaiki Bertembung Bas Ekspres