Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kanak-kanak 5 tahun maut
Sumber: Sinar Harian

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Kemalangan Semasa Tunggang Basikal

Hannah

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Kemalangan Semasa Tunggang Basikal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan maut setelah basikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku sekitar jam 7 petang, melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 34 tahun dan basikal yang ditunggangi oleh mangsa.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan dari arah Jalan Nusari Aman 2/2M menuju ke arah pintu pos pengawal Taman Nusari Aman 1B.

“Kemudian datang sebuah basikal yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang pada masa tersebut bergerak di belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda masuk ke laluan Perodua Ativa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemalangan terbabit menyebabkan pemandu Ativa tidak sempat mengelak dan terus melanggar basikal mangsa.

“Akibat kemalangan, penunggang basikal mengalami kecederaan di badan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, pada jam 8.05 malam hari sama, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam rawatan di Zon ICU Hybrid Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya.

Tambah beliau, kes ini masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Fadzilah Ahmad di talian 016-2895801 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Ibu bapa atau orang dewasa dinasihatkan untuk mengawasi pergerakan kanak-kanak yang membuat aktiviti di luar rumah terutama yang menggunakan jalan raya supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan,” katanya.

BACA: Lelaki OKU Hampir Maut Dikelar Penagih Dadah Guna Pisau Lipat

Sumber: Sinar Harian