Siakap Keli
OKU dikelar penagih
Sumber: Sinar Harian

Lelaki OKU Hampir Maut Dikelar Penagih Dadah Guna Pisau Lipat

Lelaki OKU Hampir Maut Dikelar Penagih Dadah Guna Pisau Lipat

Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) hampir maut selepas lehernya dikelar oleh seorang penagih dadah di sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.50 petang.

Menurut beliau, susulan daripada kejadian itu, seorang lelaki berusia 45 tahun telah ditangkap oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, kira-kira jam 6.15 petang.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku mengelar leher mangsa menggunakan pisau lipat namun belum diketahui sebab-sebabnya berbuat demikian.

“Hasil semakan, suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing positif dadah jenis Morphine,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang berusia 32 tahun kini sedang dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang kerana kecederaan di bahagian leher.

“Suspek ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh memaklumkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya.

BACA: Lamborghini Terbabas & Terbakar, Pemandu Maut ‘Dijilat Api’

BACA: Kekurangan Bahan Api: Hospital Di Gaza Mungkin Henti Operasi Dalam Masa 48 Jam

BACA: Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia

Sumber: Sinar Harian

Sharifah Hannah Adibah