Siakap Keli
greece enam hari bekerja
Sumber: AFP

Greece Mula Perkenal Enam Hari Bekerja Dalam Seminggu

Greece Mula Perkenal Enam Hari Bekerja Dalam Seminggu

GREECE — Kerajaan Greece telah memperkenalkan perundangan enam hari bekerja dalam seminggu untuk beberapa perniagaan dalam usaha meningkatkan produktiviti dan pekerjaan di negara tersebut, lapor CNBC.

Menurut Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis inisiatif tersebut dilaksanakan kerana populasi yang semakin berkurangan dan kekurangan pekerja mahir.

“Teras perundangan ini ialah mesra pekerja, ia sememangnya berorientasikan pertumbuhan dan membawa Greece sebaris dengan seluruh Eropah,” katanya sebelum parlimen Greece mengesahkan undang-undang itu memetik The Guardian.

Pelaksanaan perundangan ini, menurut kerajaan Greece adalah bagi menangani isu kerja yang tidak diisytiharkan serta pekerja yang tidak dibayar setelah bertugas lebih masa.

Difahamkan, perundangan yang berkuat kuasa pada 1 Julai lepas bertentangan dengan trend terkini yang hanya meneroka minggu bekerja lebih pendek.

Sejak krisis hutang hampir sedekad yang lalu, Greece berdepan dengan penghijrahan kira-kira 500,000 penduduk generasi muda yang berpendidikan.

BACA: Tiada Kenaikan Tarif Elektrik Di Semenanjung Hingga Disember Ini – PETRA

Bagaimanapun, perundangan ini hanya terpakai kepada syarikat yang beroperasi secara 24 jam sehari sepanjang minggu dan perniagaan yang melibatkan syif.

Kakitangan syarikat terpilih dan kemudahan pembuatan mempunyai pilihan sama ada bekerja untuk dua jam tambahan atau melakukan syif tambahan selama lapan jam.

Sekiranya pekerja memilih untuk melakukan syif tambahan, mereka akan diberi ganjaran tambah nilai sebanyak 40 peratus yang akan ditambah pada gaji harian.

Pun begitu, dengan pengenalan perundangan ini bermakna masa kerja 40 jam tradisional seminggu boleh dilanjutkan kepada 48 jam seminggu untuk sesetengah perniagaan.

Pekerja perkhidmatan makanan dan pelancongan tidak termasuk dalam inisiatif enam hari minggu bekerja.

Berdasarkan penggubalan perundangan baru ini, pihak syarikat boleh memutuskan sama ada pekerja untuk bertugas pada hari keenam atau tidak.

Menurut The Guardian, rakyat Greece bekerja lebih panjang (masa lebih lama) dengan purata 41 jam seminggu dengan jumlah bayaran yang lebih sedikit.

Sumber: CNBC, NPR, The Guardian

BACA: “Work Life Balance” Malaysia Kedua Terburuk Di Dunia – Kajian

BACA: Apa Itu Dasar Gaji Progresif? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.