Siakap Keli
apa itu gaji progresif
Kredit: Bernama

Apa Itu Dasar Gaji Progresif? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Apa Itu Dasar Gaji Progresif? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Pada 25 Jun lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mengumumkan pelaksanaan Dasar Gaji Progresif (DGP) ketika persidangan Dewan Rakyat yang dijangka bakal bermula pada Oktober ini.

Projek rintis bagi DGP sebenarnya telah bermula bulan ini dan akan diteruskan sehingga Ogos.

Jadi, sebagai majikan dan pekerja di sektor swasta yang sememangnya terlibat secara langsung, apa yang perlu anda tahu tentang DGP? Apakah kebaikan dasar ini bagi pihak anda? Adakah syarikat anda melepasi syarat untuk turut serta menerima insentif yang bakal diberi oleh kerajaan melalui dasar ini?

Untuk tahu apa itu Dasar Gaji Progresif dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian berkenaan di bawah ini.

Apa itu Dasar Gaji Progresif?

Dasar ini diwujudkan kerana kerajaan ingin mengubah pasaran kerja supaya pekerja dalam sektor swasta mendapat gaji yang lebih tinggi seiring peningkatan produktiviti.

Dasar ini juga diharapkan dapat menangani isu pasaran buruh antaranya produktiviti dan gaji pekerja yang rendah, ketidakpadanan kemahiran, kebolehpasaran graduan dan kebergantungan kepada pekerja asing.

BACA: Kerepek Kononnya Boleh Tunaikan Nafsu Masuk Pasaran, Siap Ada Artis Yang Promosikan?

Ciri asas DGP

DGP mempunyai tiga ciri asas iaitu bersifat sukarela, berteraskan insentif, dan terkait dengan produktiviti.

Pelaksanaan bersifat sukarela ini tanpa melibatkan sebarang undang-undang baharu. Perkara ini bagi memastikan ketersediaan dan kemampuan majikan untuk menerima pakai model gaji progresif.

Hal ini juga bertujuan memberi ruang yang cukup kepada syarikat untuk bersiap sedia dan melakukan penyesuaian tanpa tekanan kos yang terlalu besar terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Tahukah anda, 97 peratus dari keseluruhan majikan dalam negara terdiri daripada PMKS.

BACA: Top 10 Di Netflix Malaysia, Nightmares And Daydreams Berjaya Pukau Penonton

DGP juga disokong oleh kerajaan melalui bantuan insentif tunai. Sokongan ini bagi membantu majikan membiayai sebahagian kos untuk sertai DGP.

Penting untuk anda ketahui, insentif ini diberikan hanya kepada syarikat yang memenuhi syarat dan kriteria dalam tempoh setahun. Dan ia akan dikaji setiap tahun berdasarkan kedudukan fiskal kerajaan.

Ciri ketiga DGP ialah menekankan kesaksamaan antara majikan dan pekerja melalui konsep timbal balik peningkatan produktiviti dan kenaikan gaji. Ciri ini diwujudkan bagi menangani kebimbangan utama pihak majikan iaitu kenaikan gaji seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan produktiviti pekerja.

Menerusi ciri ketiga ini, dari pihak syarikat yang menyertai DGP, mereka perlu menghantar pekerja  bagi menghadiri latihan dan peningkatan kemahiran yang kerajaan iktiraf.

Dari pihak pekerja pula, mereka perlu patuhi syarat latihan dan penambahbaikan kemahiran. Perkara ini akan dinilai menerusi tenaga kerja yang lebih bermutu dan produktiviti yang lebih tinggi, setimpal dengan kenaikan gaji yang diterima.

BACA: Dihasilkan Dari Tebu, Ketahui Mengenai Bahan Api Etanol Yang Digunakan Di Brazil

Mekanisme DGP

Sebagai sebuah syarikat yang ingin mendaftar, penting untuk anda ketahui maklumat penting mengenai mekanisme Dasar Gaji Progresif ini.

DGP dibangunkan menggunakan tiga kriteria utama iaitu syarat penyertaan, cadangan kenaikan gaji tahunan dan insentif mengikut kadar dan kumpulan pekerja.

Bagi menyertai DGP, hanya syarikat tempatan yang akan dipertimbangkan dengan keutamaan diberi kepada PMKS. Hal ini berikutan data menunjukkan kebanyakan pekerja yang menerima gaji rendah merupakan pekerja PMKS.

Selain daripada itu, syarikat yang ingin mendaftar mesti mempunyai pekerja yang memenuhi syarat berdasarkan gaji bulanan yang diterima. Pekerja perlulah menerima gaji bulanan yang tidak melebihi had gaji yang dicadangkan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif iaitu gaji bulanan di bawah RM5000 dan tidak kurang daripada gaji minimum.

BACA: Bekas Pelajar TVET Mampu Buka Tiga Cawangan Syarikat Fabrikasi & Perpaipan, Gajikan Lebih 80 Orang Staf

Cadangan tersebut merangkumi pelaksanaan pada tahun pertama.

Penetapan had ini dilihat mampu memberi liputan luas untuk pekerja swasta menerima manfaat daripada DGP yang merangkumi empat juta pekerja. Data menunjukkan mereka ini merupakan pekerja yang menerima gaji bulanan antara RM1500 hingga RM4999.

Pihak syarikat tidak perlu risau tentang mekanisme kenaikan gaji tahunan. Pihak kerajaan akan mengeluarkan satu panduan bagi kenaikan gaji tahunan yang akan diumumkan nanti.

Mekanisme ketiga yang merupakan insentif berbentuk tunai akan disediakan mengikut kadar dan kumpulan pekerja, iaitu peringkat permulaan dan bukan permulaan.

Bagi pekerja di peringkat permulaan atau entry level, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM200 sebulan selama 12 bulan, jika syarikat membayar gaji pada kadar yang sama atau lebih dari cadangan gaji tahunan.

Manakala bagi pekerja di peringkat bukan permulaan atau non-entry level, syarikat layak menerima kadar insentif pada nilai tetap sehingga maksimum RM300 sebulan selama 12 bulan, jika syarikat beri kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan panduan kenaikan gaji tahunan.

Ambil perhatian, insentif ini bersifat siapa cepat dia dapat. Namun tak usah risau, kerajaan akan memperhalusi mekanisme pembayaran tersebut supaya tidak membebankan syarikat bersaiz kecil, terutamanya PMKS.

Penilaian Majikan Gaji Progesif

Bagi memastikan dasar ini berjalan mengikut hala tuju yang ditetapkan, kerajaan turut akan menilai majikan melalui sistem penarafan bintang. Sistem ini menggunakan dua komponen iaitu komponen asas dan komponen bonus.

Penilaian ini bertujuan membolehkan syarikat bersaing antara satu sama lain dari segi prestasi kenaikan gaji. Perkara ini dilihat dapat mewujudkan budaya penetapan gaji yang lebih baik.

Sehubungan dengan itu, kerajaan memberi jaminan bahawa penarafan bintang bagi syarikat yang turut serta dalam DGP akan dikendalikan oleh agensi yang  berkredibiliti.

Sumber: Kementerian Ekonomi

BACA: Harga Mencapai Hingga RM700, “Tote Bag” Percuma Dari Apple Store Dijual Semula

Azizah Najib

Menulis tanpa henti