Siakap Keli
pemandu insiden kayu balak
Kredit: BERNAMA

Pemandu Terbabit Insiden Dihempap Kayu Balak Tiada Lesen Memandu – Polis

Pemandu Terbabit Insiden Dihempap Kayu Balak Tiada Lesen Memandu – Polis

GUA MUSANG, 11 Julai (Bernama) — Pemandu lori yang terbabit dalam insiden penunggang motosikal dihempap kayu balak di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai pada Selasa didapati tidak memiliki lesen memandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata pemandu berusia 24 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang pada hari yang sama.

“Pemandu itu datang ke balai untuk menyerah diri dan mengakui kesalahannya yang tidak mempunyai lesen memandu.

BACA: Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman

“Polis turut mengeluarkan saman ke atas pemilik lori yang berusia 58 tahun kerana membenarkan kenderaan itu dipandu oleh individu yang tidak mempunyai lesen,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada Selasa lepas, seorang wanita nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di persimpangan berkenaan dan kini sedang menjalani rawatan di hospital akibat kecederaan parah.

Sumber: BERNAMA

BACA: Kemajuan Kerja Projek ECRL Di Kelantan Capai 79.81 Peratus Sehingga Mei 2024 – MOT

BACA: Gempa 6.6 Magnitud Gegar Mindanao, Gegaran Turut Dirasai Di Sabah & Labuan

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.