Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gempa mindanao
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

Gempa 6.6 Magnitud Gegar Mindanao, Gegaran Turut Dirasai Di Sabah & Labuan

Azizah Najib

Gempa 6.6 Magnitud Gegar Mindanao, Gegaran Turut Dirasai Di Sabah & Labuan

Filipina — Satu gempa bumi kuat 6.6 magnitud melanda Mindanao kira-kira jam 10:13 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman X berkata pusat gempa bumi tersebut adalah di 6.1° U dan 123.3° T, pada kedalaman 632 kilometer dengan jarak 154 kilometer arah Tenggara dari Isabela City, Filipina.

Menurut kenyataan berkenaan, gegaran tersebut turut dirasai sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia turut memaklumkan bahawa kejadian gempa bumi tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

BACA: Bantu Siasatan Kes Keropok Beracun, Lelaki Dipercayai Pemilik Kebun Direman

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada berlaku kerosakan atau kemalangan jiwa berikutan gempa tersebut.

Terdahulu, MetMalaysia turut melaporkan berlaku gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 di Barat Daya Sumatera, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer. Gegaran yang berlaku ini juga tiada tanda-tanda ancaman tsunami kepada Malaysia.

Imbas kembali, Mindanao pernah dilanda gempa bumi paling dahsyat pada tahun 1976.

Tanggal 17 Ogos 1976 menyaksikan kira-kira 8000 kematian yang disebabkan oleh gegaran sekuat 7.9 magnitud tersebut.

Gempa bumi terburuk itu turut menyebabkan berlaku tsunami ketika penduduk sedang tidur. Kejadian tsunami berkenaan memusnahkan kawasan lebih 700 kilometer dari pinggir laut yang bersempadan dengan Teluk Moro di utara Laut Sulawesi.

Kejadian ini digelar tsunamigenic iaitu kejadian tsunami yang berlaku disebabkan gempa bumi.

BACA: Kemajuan Kerja Projek ECRL Di Kelantan Capai 79.81 Peratus Sehingga Mei 2024 – MOT

Berdasarkan laporan terdahulu, kejadian gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan di bandar-bandar dan daerah Cotabato manakala tsunami pula menyebabkan kerosakan dan kematian di wilayah yang bersempadan dengan Teluk Moro, terutamanya pantai Bandar Pagadian.

Tragedi tsunami ini merekodkan 85 peratus dari keseluruhan kematian, 65 peratus dari kecederaan dan 95 peratus dari keseluruhan mangsa yang hilang.

Sebelum berlakunya tragedi ini, data menunjukkan terdapat enam kejadian gempa bumi telah direkodkan di kawasan yang sama. Kejadian berturutan ini dianggap sebagai foreshock, iaitu gegaran yang mendahulu gempa bumi yang lebih besar.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, PhilAtlas, Philippine Institute of Volcanology and Seismology, U.S. Geological Survey

BACA: Sudah Kembung & Berbau, Mayat Dua Wanita Ditemui Dalam Kereta