Amaran Cuaca Buruk Di 5 Negeri Hingga 2 Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa negeri hingga jam 2 petang ini.
Amaran ini bertujuan memberi peringatan awal kepada penduduk di kawasan yang terlibat supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut METMalaysia dalam satu kenyataan rasmi, lima negeri dijangka bakal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Antara negeri yang terlibat termasuklah Kedah, Perak dan Pahang, serta keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang.
“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Manakala, daerah di Perak termasuk Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.
“Selain itu, di Pahang pula, hanya Tanah Tinggi Cameron yang dijangka terjejas,” maklum METMalaysia.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02QkF18G4BG2qkdY8pAkXAkPRvqVmWPLxGR62LKwoCGeBkVfZdLAvi423V6TkfQeWyl?rdid=rU9gBVuE2ocMt5op
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Tsunami Kecil Landa Kepulauan Di Jepun Selepas Gempa Bumi
BACA: Cecah Puluhan Ribu Per Liter, Ini 5 Air Mineral ‘Harga Kayangan’
Sumber: METMalaysia