Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Tsunami Kecil Kepulauan Jepun
Kredit: USGS

Tsunami Kecil Landa Kepulauan Di Jepun Selepas Gempa Bumi

Athirah

Tsunami Kecil Landa Kepulauan Di Jepun Selepas Gempa Bumi

Agensi cuaca memaklumkan tsunami kecil telah melanda pulau terpencil Jepun, Hachijojima selepas gempa bumi bermagnitud 5.6 berlaku berhampiran gugusan kepulauan Izu, pada Selasa.

Menurut AFP, ombak setinggi 50 sentimeter melanda Hachijojima kira-kira jam 9 pagi, selepas Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami untuk wilayah selatan Tokyo.

BACA: Gempa Bumi Gegar Los Angeles

Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, tsunami kecil itu diperhatikan kira-kira 45 minit selepas gempa bumi pada kedalaman cetek iaitu 11.7 kilometer.

Manakala di Pulau Miyakejima, gelombang tsunami yang lebih kecil berukuran 10 sentimeter telah dilaporkan berlaku.

AFP berkata, kira-kira 25,000 penduduk menetap di pulau-pulau kecil Pasifik di selatan Tokyo, namun beberapa penduduk memberitahu penyiar kebangsaan NHK bahawa mereka tidak merasai gempu bumi dan tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Jepun mengalami 1,500 gempa bumi setiap tahun

Agensi Meteorologi Jepun turut menjelaskan pantai Pasifik Jepun yang luas dari Chiba berdekatan Tokyo ke Okinawa yang berdekatan Taiwan, dilihat mengalami sedikit perubahan pada permukaan laut berikutan gempa bumi.

Jepun terletak di atas empat plat tektonik utama dan mengalami kira-kira 1,500 gempa bumi setiap tahun, kebanyakan daripadanya adalah kecil.

Kesan gempa tersebut secara amnya terkawal walaupun dengan gegaran yang lebih besar kerana teknik binaan bangunan yang sangat bagus dan prosedur kecemasan yang diamalkan dengan baik.

BACA JUGA: “Nak Dekat 11 Jam Kat Situ,” Tersadai Kat “Airport”, Impian Haji Musnah

Akan tetapi, potensi gempa mega dengan anggaran magnitud 8 hingga 9 mempunyai kira-kira 70 peratus kebarangkalian melanda Jepun dalam tempoh 30 tahun.

Selain itu, pakar juga memaklumkan ia boleh menjejaskan sebahagian besar pantai pasifik dan mengancam sekitar 300,ooo nyawa penduduk.

Pada 2011, gempa dasar laut berukuran 9.0 magnitud di timur laut Jepun telah mencetuskan tsunami yang menyebabkan kira-kira 18,500 orang maut dan hilang.

Bencana itu juga turut memberi kesan kepada tiga reaktor di loji nuklear Fukushima. Ia membawa kepada kemalangan nuklear paling serius sejak Chernobyl.

BACA: Ketua Penyelidik My #QuranTime, Ustaz Safri Meninggal Dunia

Sumber: AFP