Siakap Keli
Ketua Penyelidik My #QuranTime
Kredit: Sinar Harian

Ketua Penyelidik My #QuranTime, Ustaz Safri Meninggal Dunia

Ketua Penyelidik My #QuranTime, Ustaz Safri  Meninggal Dunia

Ketua Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Ustaz Safri Muhammad dilaporkan meninggal dunia pada usia 48 tahun, pada Isnin.

Menurut Sinar Harian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.50 malam.

Isterinya, Rusamiah Ismail berusia 51 tahun, memaklumkan bahawa Allahyarham Safri dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit gigi yang teruk dan pitam.

“Keadaan kesihatannya mula merosot dan mengalami batuk menyebabkan doktor mengambil keputusan untuk menidurkannya jam 5 petang tadi,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak

Tambahnya lagi, doktor telah mengesahkan jantung arwah terhenti dan pihak hospital terpaksa melakukan bantuan pernafasan (CPR) sebanyak lima kali. Tidak lama kemudian, Allahyarham disahkan meninggal dunia.

Menurut Sinar Harian, beliau yang berasal dari Medan, Indonesia turut meninggalkan tiga orang anak berusia 15 hingga 20 tahun.

Allahyarham sebelum ini bertanggungjawab ke atas kajian My #QuranTime 1.0 dan 2.0 yang disiarkan di tiga stesen TV tempatan sejak tahun 2020.

Di samping itu, beliau juga mengajar kelas bahasa Arab dan al-Quran di Kumpulan Karangkraf sejak tahun 2014.

Difahamkan, Allahyarham telah terlibat dalam program Wellness #QuranHour di Masjid Darul Ehsan, SS 15 Subang Jaya, pada Sabtu lalu.

Jenazah akan dikebumikan pada pagi Selasa

Sementara itu, Pengurus Kanan Tugas Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang berkata, Allahyarham memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Sains al-Quran dari Madinah.

Bahkan, beliau turut terlibat dengan World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour sejak kajian tersebut mula diperkenalkan.

“Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Kuda dan akan disempurnakan di Masjid Kampung Kuantan, Klang.

“Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cemerlang pagi Selasa,” ujarnya lagi.

BACA: Wanita Cari Kucing Hilang, Terkejut Jumpa Mayat 7 Remaja Sudah Kembung

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

BACA: Isteri Derita Kanser ‘Pergi’ 2 Minggu Selepas Nikah, Suami Terjumpa Nota Pilu Tinggalan Arwah

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.