Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
gempa bumi los angeles
Kredit: AFP/USA Today

Gempa Bumi Gegar Los Angeles

Azizah Najib

Gempa Bumi Gegar Los Angeles

Amerika Syarikat – Gempa bumi berukuran 4.7 magnitud dilaporkan melanda Los Angeles di California Selatan pada awal pagi Khamis, lapor USA Today.

Menurut United States Geological Survey (USGS), gegaran tersebut berlaku kira-kira 7 kilometer di utara Malibu dan kira-kira 12 kilometer dari pinggir bandar Los Angeles Thousand Oaks pada kedalaman kira-kira 11 kilometer.

Dalam pada itu, NBC turut melaporkan berlaku gempa susulan berukuran 2.8, 2.4, 1.8, 1.5 dan 2.1 magnitud. Gegaran turut dirasai di Malibu, Hermosa Beach, La Mirada, Anaheim, Santa Monica, Hollywood Hills dan sebahagian San Fernando Valley.

BACA: Cubaan Seludup PATI, Tekong Bot Nekad Terjun Laut Lepas Langgar Bot APMM

Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan berikutan gegaran itu.

Sebagai maklumat, sistem Metro Los Angeles mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperlahankan pergerakan kereta api bagi memeriksa sebarang kerosakan mengikut piawaian tatacara operasi (SOP).

Los Angeles Times melaporkan gegaran lemah yang dirasai di Thousand Oaks itu berlaku selama beberapa saat. Warga Redondo Beach dan Long Beach turut merasai gegaran tersebut selama 10 saat.

BACA: Lampu Amaran Masih Menyala Walau Dah Turunkan “Hand Brake”? Ini Puncanya

Seorang warga Redondo Beach merasai gegaran tersebut yang bermula dengan gegaran lemah, kemudian semakin menguat. Namun, gegaran tidak menyebabkan sebarang objek terjatuh.

Menerusi laman X, Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass memaklumkan pihak Los Angeles Fire Department (LAFD) telah digerakkan untuk melakukan tinjauan bagi melihat sebarang kerosakan.

“Gempa bumi awal berukuran 5.1 magnitud yang berlaku berdekatan Malibu telah menggegar Los Angeles pagi ini. LAFD telah digerakkan untuk menjalankan tinjauan rutin di bandar bagi mengenal pasti sebarang kerosakan. Pihak (berkuasa) bandar akan teruskan pemantauan,” katanya.

BACA: Tersepit Antara Dua Kenderaan, Mekanik Maut Ketika Baiki Treler Rosak

Dalam masa yang sama, jurucakap LAFD, Margaret Stewart turut meminta orang ramai bersiap sedia untuk sebarang gegaran biarpun tiada aktiviti gempa bumi susulan dijangka akan berlaku.

“Meskipun tiada aktiviti gempa bumi susulan dijangka, pihak bomba meminta orang ramai bersedia untuk sebarang gegaran susulan. Jika anda berada di dalam (bangunan) ketika gegaran bermula, Letak, Berlindung, Bertahan. Lindungi kepala dan leher ketika berlindung di bawah perabot yang teguh atau berdekatan dinding yang teguh. Jauhi tingkap dan laluan pintu sehingga gegaran berhenti.

“Selepas memeriksa sebarang kerosakan di rumah atau tempat kerja dan memastikan tiada kecederaan yang berlaku, anda diminta untuk periksa keadaan haiwan peliharaan dan jiran yang berisiko (cedera), terutamanya warga emas yang tinggal bersendirian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sumber: USA Today, NBC, Los Angeles Fire Department