Lampu Amaran Masih Menyala Walau Dah Turunkan “Hand Brake”? Ini Puncanya
Masuk sahaja ke dalam kereta, mata kita pasti tertancap pada bahagian yang bercahaya. Sama ada di paparan radio atau dashboard. Mungkin ada juga di antara kita yang tidak pernah peduli dengan apa yang ada di dalam kereta selain lampu, wiper dan penyejuk udara.
Pernahkah anda perasan, sebuah kereta mempunyai kira-kira 15 simbol lampu amaran. Mungkin ada yang kurang, ada yang lebih, bergantung kepada jenis dan fungsi yang ada pada kereta tersebut.
Antara kesemua yang ada, terdapat satu simbol lampu amaran yang amat bahaya jika diabaikan, sehingga boleh membawa maut. Simbol tersebut ialah lampu amaran brek atau turut dikenali sebagai lampu amaran brek tangan (hand brake).
BACA: Ambil Tahu, Ini Maksud Simbol-Simbol Pada Meter Kereta

Mesti ada di antara pembaca yang pernah mengalami situasi lampu brek ini menyala walaupun brek tangan telah diturunkan. Pernahkah anda terfikir mengapa lampu tersebut menyala?
Ikuti perkongsian dari akaun TikTok Altimat Auto Garage berkenaan punca perkara ini berlaku.
Punca pertama yang menyebabkan lampu brek anda masih menyala ialah disebabkan brake master pam kereta anda tersumbat. Perkara ini membuatkan sensor pada pam tidak dapat mengesan sama ada minyak cukup atau tidak, bersih atau tidak.
Jika anda mendapati minyak brek anda bersih, Altimat Auto Garage menyarankan anda untuk memeriksa keadaan brake pad kereta.
BACA: Jangan Pakai Tayar “Spare” Dalam Tempoh Lama, Ini Sebabnya
Menurutnya, punca kedua lampu brek masih menyala berkemungkinan disebabkan brake pad yang sudah menipis.
“Apabila brake pad menipis, minyak dekat brake master pam akan secara automatik berkurang. Itu memang normal. Apabila minyak brek berkurang, sensor akan baca dan beri amaran dekat meter (kereta). Itu yang (menyebabkan) lambang hand brake menyala,” katanya.
Jika anda telah memeriksa keadaan kedua-dua minyak brek dan brake pad tetapi mendapati tiada masalah yang disebutkan tadi, berkemungkinan berlaku kebocoran minyak brek.
“(Bahagian) yang paling kerap bocor dekat brake pam belakang dan brake master pam atas,” tambahnya lagi.
Jika berlaku kebocoran ini, anda disarankan untuk segera ke bengkel kereta dan perbaiki brake pam kereta anda. Seandainya minyak brek anda habis, ia akan membahayakan nyawa kerana brek kereta anda tidak lagi berfungsi.
SK sarankan, ambil perhatian ketika mana-mana lampu amaran menyala demi keselamatan pemanduan anda. Duit boleh diganti, hidup hanya sekali.
@altimatautogarage Turun handbrake tapi lampu amaran tetap menyala? ini masalahnya! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelsungaibuloh #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelkuang #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia
♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage
Sumber: Altimat Auto Garage