Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
impian haji musnah
Gambar Hiasan: Bernama

“Nak Dekat 11 Jam Kat Situ,” Tersadai Kat “Airport”, Impian Haji Musnah

Sofea

“Nak Dekat 11 Jam Kat Situ,” Tersadai Kat “Airport”, Impian Haji Musnah

Setiap umat Islam pastinya mempunyai impian untuk menyempurnakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan ibadah haji. Bagaimanapun, ia hanya boleh dilakukan jika kita betul-betul berkemampuan.

Dalam masa yang sama, ada sesetengah orang berusaha mencari rezeki siang dan malam dan ada juga yang sanggup bergolak gadai demi tujuan itu.

Disebabkan ini juga, wujud ‘bisnes’ yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dari orang ramai terutama golongan warga emas. Sejak beberapa tahun lalu, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menunggang agama dengan mengambil kesempatan memanipulasi golongan itu.

Keadaan ini sememangnya membimbangkan kerana seperti sedia maklum ibadah haji adalah ibadah yang sangat suci dalam agama Islam. Mereka tidak takut melakukan penipuan dan menjerat orang ramai dengan menggunakan agama.

Jika dilihat, banyak modus operandi yang digunakan oleh mereka untuk memperdaya bakal jemaah. Hal ini juga pernah didedahkan sendiri oleh mangsa-mangsa.

Salah satunya adalah kisah yang dikongsikan di Facebook ini. Bayangkan bayar berpuluh ribu, semua persediaan telah dibuat tetapi tiba saat dinantikan semuanya tidak seperti yang diharapkan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kisah yang dikongsikan Lea Damia di bawah ini.

Musim penunggang agama tengah trending sekarang ni, saya nak cerita sikit pengalaman terkena dengan golongan ni.

Tak tahulah nak kecewa ke, marah ke, menyesal atau sedih, semua perasaan bercampur baur. Lama duk fikir nak cerita tak pasal ni sebab ujian ni sangat berat untuk saya sekeluarga.

Tapi, saya harap ni jadi pengajaran untuk semua orang dan mungkin pihak berkuasa boleh ambik tindakan yang sepatutnya kepada penipu-penipu yang gunakan agama untuk kepentingan diri.

Ibu dah memang lama nak buat haji, cuma giliran tak sampai lagi. Then bila ada orang offer boleh skip queue, ibu pun setuju lah. Siap suruh ambik visa Furada lagi dengan pakej harga RM30k. Lagi dahsyat katanya hotel sebelah Kaabah je, nak jalan pun tak penat.

Kami adik beradik ni ingat memang betul sebab dia kata syarikat dilesenkan oleh Tabung Haji sendiri, sekali rupanya menyamar ja.

Dah setel bayar apa semua, ibu pun dah siap-siapkan barang untuk ke sana, siap dah buat doa selamat weh. Ibu memang excited sangat waktu ni.

‘Ejen’ ni pun seminggu sebelum berangkat dah ingatkan ibu jumpa kat airport tarikh sekian2 dalam group whatsapp diorang, tapi dia suruh bayar full sebelum berangkat sebab nak bayar hotel kat sana.

Bila dah sampai harinya, kami anak2 ni ambik cuti masing2 nak hantar ibu kat ‘airport’. Nak dekat 11 jam jugak lah kami kat situ, adalah lebih kurang 6 family lain juga yang turut nak menghantar jemaah haji. Tapii….tunggu punya tunggu, batang hidung ejen tu pun tak nampak. Terkena dah ibu ni!

Kami waktu tu macam nak pengsan bila tersedar dah kena tipu. Kecoh jugak la kat KLIA masa tu. Yang kami pun dah terkesan sangat, ibu lagi lagi lah kecewa. Kecewa yang teramat sangat. Umpama kaki kanan ko dah kat Mekah tapi kaki kiri masih kat airport.

Kecewa kami tak sebesar kecewa ibu yang dah lama teringin tunaikan haji, ibu sampai malu nak balik kampung dan tinggal kat rumah saya dan kakak selama hampir sebulan jugak. Moga nanti ibu diberikan kesempatan untuk betul-betul sampai ke tanah suci Mekah, moga Allah izinkan dan permudahkan segalanya.

Kepada ‘ejen’ tu, ingat balasan Allah tu ada!

Moga kisah ini jadi pengajaran untuk semua dan moga kita sekeluarga dijauhkan dari sebarang tipu daya dan kejahatan.

Bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku, anda perlu lebih berhati-hati dengan golongan yang sebegini. Yang terbaik, boleh mendaftar dan membeli pakej haji menerusi agensi yang berdaftar dengan Tabung Haji atau menunggu giliran dari Tabung Haji.