Macam-Macam Idea, Netizen Sakan Hantar "Proposal" Dekat KA
Sebut sahaja nama Khairul Aming (KA), pastinya ramai yang sudah mengenali pempengaruh dan usahawan ini.
Setiap usaha. inisiatif dan impak yang dibawakan oleh pempengaruh ini ibarat tsunami yang mencetuskan fenomena di Malaysia.
Jadi, tidak hairan mengapa, perjalanan bisnes KA sentiasa menjadi sorotan ramai.
Setiap kali dia bersiaran langsung (live), ruangan komen dipenuhi peminat setia yang mahu mengikuti perkembangan terbaharu usahawan muda itu.
Bermula dengan mencipta kandungan masakan di media sosial, seterusnya pelancaran pelbagai produk makanan.
Terbaru, KA mendapat sambutan yang luar biasa apabila membuka sebuah restoran berasaskan masakan tradisional Melayu, Rembayung di tengah ibu kota Kuala Lumpur pada hujung tahun lepas.
Malah, pelbagai reaksi mencuit hati diberikan oleh warga maya apabila restoran Rembayung hanya menerima pelanggan yang membuat tempahan bagi memastikan layanan adil dan teratur.
Ada sahaja idea-idea yang tidak masuk akan yang dilontarkan oleh warga maya terhadap pempengaruh itu.
Tepuk Dahi KA, Kemain Sakan "Proposal" Netizen Hantar
Itulah idea-idea bernas dan luar kotak yang dikongsikan oleh sebagian warga maya di platform threads mengenai cadangan penambahbaikan restoran Rembayung miliknya.
"Salam @khairulamingYang cadangan saya pagi tadi, saya dah buatkan draf. Nanti nak proceed cari saya ye? Rembayung buat jadi Rembayung Tower terus. Kalau orang tak makan berat, boleh cari groceries dekat KA Mart kat bawah. Dekat Rembayung Tower nanti, 1 floor, 1 cuisine. Western, Malay, Thai, Italian, Chinese, Arabian, Indian, etc.
"Untuk ayam gepuk, buat bawah payung sebelah parking bas je. Makan dalam kertas, tak payah pinggan,
"Level teratas adalah untuk winner winner chicken dinner je," tulis seorang pengguna threads.

Lebih menghiburkan, pempengaruh itu juga memberikan reaksi terhadap hantaran cadangan restoran Rembayung berkenaan.

Berdekah tengok reka bentuk & cadangan netizen



"Fuhh..yang sekarang pun kos buat dah 4 juta.. kalau yang ni mau pergi 1m..botakk la KA mikir cekau duit," seloroh seorang pengguna.
"Weihhh ini level-level elon musk punya billionaire ni," komen seorang lagi.