Kereta Terjunam Dalam Sungai, Pasangan Warga Emas Maut
Pasangan suami isteri warga emas dilapor maut selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai, pada Rabu.
Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku di Jambatan Balok Makmur, Kuantan kira-kira jam 10.30 pagi.
Difahamkan, Paridah Dollah, 67, yang beralamat di Taman Inderapura, Jerantut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Manakala suaminya yang merupakan penumpang hadapan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan ketika menerima rawatan, kira-kira jam 2.24 petang.
BACA: “Dengan Penuh Rasa Rendah Diri Patik Mohon Ampun Kepada Tuanku Sultan Selangor” – Sanusi
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan awal mendapati pasangan suami isteri yang merupakan pesara, menaiki kereta Proton Saga BML berwarna biru dari arah Balok Makmur menghala ke Seberang Balok.