Siakap Keli
fattah belum ceraikan fazura
Kredit: Sinar Harian

Peguam Maklum Fattah Amin Belum Sedia Cerai Fazura

Peguam Maklum Fattah Amin Belum Sedia Cerai Fazura

Pelakon, Abdul Fattah Mohd Amin belum bersedia menceraikan isterinya, Nur Fazura Sharifuddin ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu.

Menurut Sinar Harian, perkara berkenaan dimaklumkan oleh peguam Fattah, Zulkfili Che Yong semasa sebutan permohonan cerai di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Beliau berkata, ini kerana anak guamnya masih mencuba mencari terma-terma penyelesaian dengan cara baik bersama isterinya.

BACA: Fattah Kongsi Berita Gembira, Fazura Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Menurut Zulkifli, perkara ini membabitkan isu-isu sepanjang perkahwinan termasuk senario sekiranya berlaku penceraian.

Terma perjanjian penyelesaian perlu dimuktamadkan agar tiada konflik yang berpanjangan berikutan isu yang tidak selesai. Hal ini bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Pada 7 Oktober depan, Fattah selaku defendan akan menyatakan pendiriannya, sama ada bersetuju untuk berpisah atau sebaliknya.

“Ini merupakan prosiding mahkamah, jadi tiada kewajaran untuk anak guam saya menyatakan fakta kes kerana ia hanya akan memprejudiskan kes,” katanya.

BACA: Nur Fazura Failkan Penceraian Terhadap Fattah Amin

Peguamnya turut mendoakan kedua belah pihak dapat menyelesaikan permasalahan mereka dengan cara yang baik. Sebutan seterusnya telah ditetapkan pada 7 Oktober.

Terdahulu, satu kenyataan berkenaan permohonan cerai secara baik telah tular melibatkan rumah tangga Fattah bersama pelakon dan pengacara televisyen tersebut.

Menurut Sinar Harian, permohonan tersebut telah dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pasangan suami isteri mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2020.

Anak mereka, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

BACA: Mukmin Pro Perkenal Ciri Video Islam Percuma Seakan Netflix Dan TikTok

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.