Kucing Redah 1,287km Selama 2 Bulan, Cari Tuannya
Seekor kucing baka Siam dilapor meredah perjalanan ribuan kilometer, dipercayai dalam misi untuk bersatu dengan tuannya.
Kucing diberi Rayne Beau itu dilapor terpisah dari tuannya ketika dibawa berkhemah di sebuah kawasan perkhemahan di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat.
Pemilik kucing itu, Benny dan Susanne Anguiano berkata, mereka terpisah dengan Rayne ketika berkhemah di Fishing Bridge RV.
Pasangan itu kemudiannya menghabiskan masa selama lima hari mencari kucing berkenaan di kawasan sekitar, namun gagal.
Hari demi hari, mereka terpaksa menerima hakikat pahit bahawa Rayne mungkin tidak akan ditemui lagi.
Kucing cari tuannya, redah 1,287km selama dua bulan cari jalan pulang
Beny dan Susanne seterusnya mengambil keputusan untuk pulang semula ke California bersama seekor lagi kucing mereka, Starr.
Menurut Susanne, Starr yang merupakan ‘kakak’ kepasa Rayne tidak berhenti mengiau sepanjang perjalanan pulang itu.
Ajaibnya dua bulan kemudian, Rayne ditemui merayau di Roseville, iaitu kira-kira 1,287 kilometer dari Yellowstone oleh kakitangan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan.
Selepas memeriksa cip identiti pada Rayne, mereka kemudiannya berjaya menghubungi Susanne untuk berkongsi berita gembira itu.
Beny berkata, mereka merasa amat terkejut apabila mendapat berita berkenaan, apatah lagi lokasi Rayne ditemui terletak hanya kira-kira tiga jam pemanduan dari rumah mereka.
Disebabkan itu mereka percaya, Rayne sebenarnya sedang mencari jalan pulang untuk kembali semula kepada tuannya.
Rayne Beau dikenal pasti melalui cip mikronya
Kata Beny, ketika mereka bersatu kembali dengan Rayne, kucing itu berada dalam keadaan sangat lemah. Malah, berat badan Susanne juga susut sebanyak kira-kira 40 peratus.
Rayne juga menunjukkan tingkah laku yang resah, lebih-lebih ketika diletakan di dalam sangkar. Mujurlah, kucing itu masih mengenali Susanne dan Beny sebagai tuannya.
“Rayne hanya memandang saya, kemudian menundukkan kepalanya dan tidur dengan nyenyak,” ujar Susanne.
Selepas bersatu semua dengan tuannya pada awal Ogos, keadaan Rayne ketika ini dilapor kembali sihat seperti sedia kala.
BACA: Hujan Lebat Diramal Landa Seluruh Kawasan Di 4 Negeri & 3 Wilayah Sehingga 8 Malam Ini
Sumber: The Straits Times