Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Selalu Biarkan Tangki Minyak
Kredit: Zulkifli Mohamed Sharif via Facebok
Tiada Kategori

Ini ‘Bahaya’ Menanti Bila Selalu Tunggu Tangki Minyak Kosong Baru Nak Isi

Athirah

Lelaki Dedah Ini ‘Bahaya’ Menanti Bila Selalu Tunggu Tangki Minyak Kosong Baru Nak Isi

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar kereta masing-masing sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pemandu tidak menyedari bahawa beberapa tabiat ‘biasa’ yang sering dilakukan, sebenarnya boleh memudaratkan kenderaan.

Antaranya adalah membiarkan tangki minyak kosong atau hampir kosong, barulah hendak dibuat pengisian semula.

Siapa sangka, tabiat yang kelihatan biasa itu sebenarnya ada risikonya kepada kenderaan dan dompet anda.

Jadi kali ini, SK ini berkongsi dua kesan buruk akibat amalan suka bertangguh mengisi minyak selagi tangki tidak kosong dan risiko yang perlu ditanggung.

Untuk makluman pembaca, perkongsian ini diambil menerusi Facebook Zulkifli Mohamed Sharif.

Dua ‘bahaya’ menanti tabiat tunggu tangki minyak kosong dulu baru nak isi

Menurut Zulkifli, tangki minyak yang dibiarkan hampir kering adalah risiko kerosakan kepada bahagian fuel pump.

Kerosakan boleh berlaku kerana fuel pump akan terdedah kepada panas berlebihan akibat tidak cukup minyak untuk menyejukkannya.

Kos untuk menggantikan alat ini pastinya mahal dan jika anda menggunakan alat ganti aftermarket (OEM), kualitinya adalah berbeza-beza.

Misalnya ada yang alat ganti OEM hanya bertahan untuk beberapa minggu sahaja sebelum perlu ditukar lagi.

“Kali terakhir saya jumpa pemilik kereta yang suka tunggu simbol E kemudian baru isi, dah tiga kali tukar fuel pump tetapi belum selesai masalah,” ujarnya.

Kedua, tabiat itu juga berisiko mengundah masalah kepada komponen catalytic converter. Sewaktu enjin berfungsi tanpa bekalan bahan bakar mencukupi, ia boleh menyebabkan pembakaran tidak lengkap.

Ini bukan sahaja mengurangkan prestasi enjin tetapi juga boleh merosakkan catalytic converter. Satu perkara yang semua pemilik kereta kena tahu, harga catalytic converter sebenarnya yang agak mahal.

Rata-rata pemilik kenderaan sering melakukan amalan ini

Oleh itu sebagai pemilik kereta, kita harus mengamalkan tabiat pemanduan yang baik dan memberi perhatian kepada penjagaan serta penyelenggaraan kenderaan.

Menjengah ke ruang komen, ada warga maya mengakui sudah pun menjadi ‘mangsa’ kepada tabiat itu sehingga perlu mengeluarkan modal pembaikan yang banyak.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0uz4P6DQ3w2zRSrZb6ZJsit9z7hT1oet7CqHtRVbFX4TQTX8tDWCSLmcp9SFTNKTxl&id=100011348346416

BACA: Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”

Sumber: Zulkifli Mohamed Sharif via Facebok