Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
resipi sup ayam bungkus
Kredit: Khazariah Khada Ibrahim

Sedap Makan Musim Hujan, Ini Resipi Sup Ayam Bungkus Wajib Cuba

Azizah Najib

Sedap Makan Musim Hujan, Ini Resipi Sup Ayam Bungkus Wajib Cuba

Musim tengkujuh telah tiba, dan pastinya ramai yang mengidamkan makanan bersup. Hirup panas-panas ketika hujan renyai di luar rumah. Satu nikmat kehidupan apabila dapat masak sendiri hidangan yang diinginkan.

Pelbagai sup ada terjual, antaranya sup ayam, sup daging, sup urat keting dan sup campur. Semuanya enak dimakan tetapi perlukan masa yang lama untuk dimasak supaya isi sup masak elok dan lembut.

Untuk pengetahuan anda, ada satu lagi jenis sup yang tak perlukan tempoh memasak yang lama. Cukup dengan merebus isi selama 15 minit, dan proses persiapan juga tidak sampai satu jam.

Mari kita ikuti perkongsian salah seorang ahli kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ini, Khazariah Khada Ibrahim yang berkongsi resipi sup ayam bungkus ini.

Bahan-bahan resipi sup ayam bungkus

Bahan utama resipi ini ialah fucuk dan isi ayam. Sediakan satu keping fucuk basah bersaiz besar, kemudian potong 12. Anda boleh juga potong lebih kecil atau lebih besar mengikut cita rasa sendiri.

resipi sup ayam bungkus
Kredit: Khazariah Khada Ibrahim

BACA: Kecur Air Liur, Ini Resipi Mi Kari Chinese Style

Sediakan 500 miligram isi ayam yang dipotong kecil-kecil.

Seterusnya kita sediakan bahan perasa inti. Hiris dua tangkai daun bawang, sagat setengah batang lobak merah, dan potong halus sebiji cili merah. Asingkan di sebelah seketika. Sediakan pula dua sudu besar tepung jagung, tiga sudu besar kicap cair, sedikit garam dan sedikit serbuk kayu manis.

Kulit kayu manis merupakan antara rempah utama dalam masakan Melayu. Ia memberikan aroma berempah, manis dan ada sedikit aroma buah dan vanila. Jika anda tidak gemar dengan rasanya, tidak perlu letak serbuk kayu manis dalam masakan.

Untuk bahan rebusan sup, sediakan dua liter air, ketuk empat hingga lima ulas bawang putih. Kemudian, sediakan separuh batang kulit kayu manis, sebiji bunga lawang, sedikit ikan bilis dan garam. Anda boleh juga sediakan sayur untuk sup seperti lobak merah. Siang seperti biasa kemudian letakkan di tepi.

Mari kita mula memasak.

Cara masak sup ayam bungkus

Ambil isi ayam tadi dan gaulkan dengan bahan perasa inti hingga sebati. Setelah itu, ambil sekeping fucuk yang sudah dipotong tadi. Letakkan isi ayam dan gulung dengan fucuk. Anda boleh gulung tebal atau nipis mengikut cita rasa sendiri.

Kredit: Khazariah Khada Ibrahim

BACA: Rangup Di Luar Berlemak Di Dalam, Ini Resipi Creamy Crab Croquette

Setelah siap gulung kesemua isi ayam dengan kepingan fucuk, rebus selama 15 minit.

Kredit: Khazariah Khada Ibrahim

Sementara menunggu, anda boleh mula mereneh sup kosong. Masukkan air dan bahan-bahan ke dalam periuk, kemudian masak sehingga naik bau.

Sambil menunggu sup dan ayam gulung masak, mari kita sediakan sambal cicah. Ambil sedikit cili kering atau cili merah, tiga hingga empat ulas bawang putih, sedikit gula, air, cuka dan garam. Kisar halus semua bahan ini. Kemudian, bancuh sedikit tepung jagung dengan air dan sangai sedikit bijan. Ketepikan.

BACA: Mudah & Cepat Siap, Ini Resipi Roti Kaya Bakar Ala Kopitiam

Panaskan kuali dan masak bahan kisar hingga mendidih. Masukkan tepung jagung tadi sedikit demi sedikit mengikut kepekatan sos mencicah yang anda mahu. Apabila sambal cicah masak, hidangkan di dalam mangkuk kecil dan taburkan bijan sebagai hiasan.

Setelah siap, jangan lupa perhatikan ayam gulung dan sup kosong tadi.

Apabila ayam gulung dan sup masak, tutup api. Keluarkan ayam gulung dari pengukus dan potong menjadi bahagian-bahagian kecil. Sup ayam bungkus siap untuk dihidang.

Kredit: Khazariah Khada Ibrahim

Sebaiknya sup dihidang berasingan dengan ayam bungkus, dan hanya digabungkan apabila hendak mula makan.

Kredit: Khazariah Khada Ibrahim

Selamat menjamu selera.

Sumber: Khazariah Khada Ibrahim via Kumpulan Facebook