Siakap Keli
lesen memandu malaysia thailand
Kredit: @dadunayu.thai via TikTok

“Kalau Boleh Lesen…”, Tip Penting Untuk Pelancong Malaysia Nak Memandu Di Thailand

“Kalau Boleh Lesen…”, Tip Penting Untuk Pelancong Malaysia Nak Memandu Di Thailand

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Selain bersempadan dengan negara ini, faktor kepelbagaian makanan dan kos percutian yang lebih murah adalah antara tarikan utama untuk ke sana.

Untuk ke Thailand, terdapat beberapa mod pengangkutan yang boleh dipilih. Jika mahu cepat sampai, anda boleh memilih pengangkutan udara yang ada ditawarkan penerbangan tempatan.

Pada masa yang sama, bagi mereka yang inginkan pengalaman perjalanan yang berbeza, pengangkutan darat iaitu kereta api juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, kita juga boleh memandu kenderaan sendiri masuk ke negara itu dan tidak dinafikan, ramai rakyat Malaysia memilih cara ini sebenarnya.

Namun, terdapat beberapa perkara mustahak yang perlu diambil tahu sekiranya anda memilih untuk memandu sama ada kenderaan sendiri atau kereta sewa ketika di Thailand.

“Lesen kena…”, polis dedah tip penting kalau pelancong Malaysia nak memandu di Thailand

Menerusi video TikTok yang dimuat naik menerusi akaun @dadunayu.thai, anggota polis itu menjawab beberapa perkara berkenaan lesen memandu yang menjadi pertanyaan ramai rakyat Malaysia.

Katanya, rakyat Malaysia yang mahu memandu di negara itu perlu membawa lesen memandu bersama diri mereka sepanjang masa.

“Ramai yang tanya saya cara guna lesen Malaysia di Thailand. Sekarang lesen Malaysia ada dua jenis iaitu digital dan kad.

“Jadi, kalau boleh simpan lesen digital dalam telefon pintar dan bawa dalam bentuk kad juga sebagai persediaan,” ujarnya.

Difahamkan, pelancong Malaysia digalakkan untuk mencetak lesen digital dan membawanya bersama jika memandu kereta atau motosikal di negara itu.

Menurut @dadunayu.thai, ia sebagai langkah berjaga-jaga seandainya anda ditahan pihak berkuasa di sana.

“Ia akan menjadi perkara yang membimbangkan jika ada anggota polis tidak menerima lesen memandu digital. Jadi anda perlu bawa sekali lesen yang dicetak,” katanya lagi.

Video berkenaan mendapat 1.1 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh @dadunayu.thai.

“Terbaik kerjasama info dari polis Thailand,” komen seorang wargamaya.

“Ikut undang-undang negara yang dikunjungi. Jadilah warganegara yang berhemat,” komen lagi seorang wargamaya.

Pada masa yang sama, ada juga warga maya yang tertarik kesungguhan @dadunayu.thai menyampaikan info tersebut dalam dialek Melayu Patani.

Dialek berkenaan yang kedengaran seakan-akan dialek Kelantan memudahkan rakyat Malaysia memahami apa yang hendak disampaikan.

BACA: Penghuni Sepakat, “Makeover” Aras 13 Blok A PPR Lembah Subang 1 Jadi Macam Hotel

@dadunayu.thai

Ingin memandu di Thailand? Berikut adalah tips penting untuk rakyat Malaysia menggunakan lesen memandu di Thailand. #LesenMemandu #MemanduDiThailand #RakyatMalaysia #TravelTips #SelamatDiJalan #PelancongMalaysia #PerjalananSelamat #JalanThailand #MemanduSelamat#fypp

♬ เสียงต้นฉบับ – preedee – preedee

Sumber: @dadunayu.thai via TikTok

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.