Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Lagi Flat Jadi Hotel
Kredit: Ct Norzanizan via Facebook
Tiada Kategori

Penghuni Sepakat, “Makeover” Aras 13 Blok A PPR Lembah Subang 1 Jadi Macam Hotel

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Penghuni Sepakat, “Makeover” Aras 13 Blok A PPR Lembah Subang 1 Jadi Macam Hotel

Jiran sepakat membawa berkat. Itulah pepatah Melayu yang dapat menggambarkan keharmonian dan semangat bersatu-padu yang ada dalam kalangan penghuni di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) ini.

Meskin tiada sebarang pertalian darah, mereka berjaya membina hubungan yang sangat akrab, persis sebuah keluarga besar yang tinggal dalam komuniti yang sama.

Apabila masing-masing sudah memahami satu sama lain dan komunikasi erat sudah terbentuk, segala gerak kerja yang dirancang untuk kebaikkan komuniti pasti berjalan dengan lancar.

Ia terbukti apabila setiap penghuni Aras 13, Blok A PPR Lembah Subang 1 ini berganding bahu mentransformasikan persekitaran luar rumah mereka menjadi sesuatu yang diluar jangkaan semua.

Penduduk bersepakat makeover aras jadi macam hotel

Menerusi perkongsian Ct Norzanizan di Facebook, usaha yang ditunjukkan dia bersama jiran-jiran berjaya merubah aras berkenaan menjadi seolah-olah seperti laluan yang ada di hotel-hotel lima bintang.

Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Ct Norzanizan dalam hantaran tersebut.

Penghuni-penghuni di situ, tidak kira usia dan jantina semuanya bertungkus-lumus untuk mencapai tujuan yang sama.

Dinding-dinding yang dahulunya ditutupi dengan kesan kotoran hitam kini ‘digantikan’ dengan kombinasi warna-warna yang kelihatan sangat anggun dan mewah.

Selain dinding yang dicat semula dengan corak yang lebih segar dan elegan, susun atur baharu seperti pokok hiasan juga berjaya menaikkan seri aras tersebut.

Begitu juga dengan kawasan lantai, naik taraf yang dibuat menampakan kawasan tersebut menjadi lebih berseri.

Di sini terbuktilah, kesepakatan sesebuah kejiranan itu amat penting dan itulah yang dibuktikan oleh penghuni Aras 13, Blok A PPR Lembah Subang 1.

“Cantiknya… macam hotel”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook turut memuji penduduk di tingkat tersebut kerana ia kelihatan seperti hotel mewah.

Mereka berpendapat, apa yang dilakukan oleh semua penghuni PPR tersebut perlu dicontohi oleh kejiranan yang lain.

Ini kerana, apabila kawasan tempat duduk dijaga dengan rapi, yang gembiranya nanti adalah penghuni kawasan itu sendiri.

BACA: Anak Dikejar, Dilambung Ketika Diserang Gajah – Bapa Mangsa

Sumber: Ct Norzanizan via Facebook