Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
letusan paip tangki kumbahan
Kredit: Baga Kang

Paip Tangki Septik Meletus Tengah Jalan, Kenderaan ‘Dihujani’ Najis

Azizah Najib

Paip Tangki Septik Meletus Tengah Jalan, Kenderaan ‘Dihujani’ Najis

China – Beberapa kenderaan dicemari najis apabila satu saluran paip tangki septik meletus, mengeluarkan sisa kumbahan setinggi 10 meter, lapor Hindustan Times.

Kejadian yang berlaku pada 24 September lalu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah jalan raya di Nanning, China. Pengguna jalan raya turut memuat naik video yang dirakam menerusi kamera papan pemuka.

Menerusi satu video yang tular, letusan tersebut dilihat berlaku secara tiba-tiba. Cecair berwarna jingga dilihat tersembur tinggi sebelum melimpahkan sisa kumbahan ke arah pengguna jalan raya.

BACA: Banjir: Dua Beranak Hilang Selepas Dihanyutkan Arus Deras Di Kuala Nerang

Rakaman CCTV menunjukkan pengguna jalan raya yang menaiki bas, kereta dan motosikal turut berada berhampiran tempat kejadian.

Biro Pengurusan Kecemasan Daerah Nanning telah mengesahkan letusan sisa kumbahan tersebut berlaku akibat paip tangki septik yang pecah. Namun, pihaknya menafikan kejadian yang berlaku disebabkan sentuhan tidak sengaja semasa pembinaan jalan raya.

BACA: Penulis & Penyanyi OST Anime, Sayuri Meninggal Dunia

Menurut laporan yang dimuat naik di laman web berita tempatan, ET Today, kejadian tersebut berlaku berikutan ujian tekanan yang sedang dilakukan oleh jurutera yang bertauliah.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Namun, terdapat beberapa kenderaan yang mengalami kerosakan. Aduan daripada pengguna jalan raya juga diterima berkenaan bau dan kesan yang dialami selepas kejadian tersebut.

“Kereta saya berlumuran kuning dan berbau. Saya tidak boleh terus menggunakannya,” adu seorang pemandu.

Menurut MS News, saluran paip kumbahan yang baru dipasang itu pecah selepas ujian tekanan dilakukan. Selepas menerima laporan kejadian, beberapa pekerja telah digerakkan ke tempat kejadian bagi menjalankan pembersihan.

Kejadian tersebut mendapat perhatian warga maya yang rata-rata terfikirkan nasib pekerja di pusat cucian kereta yang terpaksa mencuci kenderaan mangsa kejadian.

Sumber: Hindustan Times, MS News, Baga Kang

BACA: Negara Berdepan Isu Banjir Di Kawasan Tidak Pernah Berlaku Sebelum Ini

BACA: Gigih Hias Sendiri, Lelaki Buat Kejutan Istimewa Hargai Isteri Lepas Bersalin