Siakap Keli
Kredit: Hendri Helmi & AFP

“Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone” 

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Tak Kisah Jenama” Lelaki Kongsi 5 Rahsia Rakam Video Cantik Guna “Smartphone” 

Sejak teknologi diguna pakai dalam kehidupan manusia, simpanan gambar dan rakaman video menjadi medium terbaik bagi menyimpan kenangan. Malah, ia juga menjadi bahan bukti sesuatu peristiwa itu pernah berlaku.

Ketika kita bersama insan tersayang, pastinya banyak kenangan yang ingin disimpan. Namun, sering kali hasil rakaman video kenangan kelihatan buruk dan kadang-kala tidak dapat merakam suasana ketika itu dengan baik.

Jangan risau, seorang pengguna Facebook, Hendri Helmi ada kongsikan beberapa rahsia untuk hasilkan video seperti air tangan profesional.

Lima rahsia rakam video seperti profesional

Untuk menghasilkan video yang cantik dan sedap ditonton, ini beberapa perkara asas yang perlu anda tekankan.

Pertama sekali tengok pada teknik.

Teknik paling penting dan utama ialah merakam video tanpa berlaku gegaran. Gegaran atau video yang bergoyang menyebabkan penonton rasa pening dan mual untuk teruskan menonton sehingga habis. Jika tangan anda jenis bergegar teruk macam stereng kereta lama, anda boleh gunakan peralatan khas seperti tripod atau gimbal.

Selain daripada itu, anda perlu rakam mengikut format platform.

“Trend TikTok, Reels dan YouTube Shorts, rakaman vertical (menegak) dah jadi norma. Jadi, rakam ikut platform.

“Kalau video untuk YouTube atau filem pendek, landscape (melintang) lagi elok, tetapi kalau nak buat kandungan untuk media sosial seperti TikTok, rakam menegak je terus,” katanya.

Pastikan anda memilih resolusi tinggi sebelum mula merakam. Sama ada 4K atau 1080p, mengikut ciri yang tersedia pada gajet anda.

“Pilih resolusi tinggi supaya video tak nampak pecah-pecah bila edit nanti. Cuma, hati-hati sikit dengan storan sebab fail 4K ni besar,” jelasnya.

BACA: Gigih Hias Sendiri, Lelaki Buat Kejutan Istimewa Hargai Isteri Lepas Bersalin

Perkara kedua anda perlu beri perhatian ialah sudut dan komposisi rakaman.

“Selain teknik rakaman, sudut kamera pun penting. Kalau silap pilih sudut, subjek korang boleh nampak macam tak kena langsung,” jelasnya.

Menurut Hendri, anda perlu fahami dan rancang terlebih dahulu bagaimana anda ingin gambarkan subjek dalam video anda.

“Kalau nak buat orang nampak power, rakam dari bawah (low angle). Kalau nak tunjuk dia macam lemah, rakam dari atas (high angle),” ujarnya.

Nak nampak rakam video macam pro, Hendri turut menyarankan untuk ketahui tentang Rule of Thirds atau kita panggil Peraturan Sepertiga.

Sepertiga di sini merujuk kepada membahagikan skrin anda kepada tiga bahagian menegak dan melintang. Kemudian, letakkan subjek anda pada titik pertembungan garisan pembahagi tadi.

Anda boleh tonton contoh dalam video di bawah.

Secara teorinya, apabila subjek anda diletakkan pada salah satu garisan pembahagi ini, imej akan nampak lebih natural menurut Studio Binder.

Pening? Jangan risau. Cara paling mudah nak buat, tetapkan pada kamera telefon pintar anda untuk tunjukkan grid pada skrin ketika merakam. Kemudian, anda boleh mula merakam dengan menggunakan Peraturan Sepertiga.

Teknik sudah, sudut dan komposisi pun sudah. Sekarang, masa untuk anda perhatikan faktor pencahayaan pula.

BACA: Ada Lebih 60 Ciptaan, Profesor Hebat UPM Ini Digelar ‘Ratu Mesin IKS’

Jangan tak tahu, pencahayaan memainkan peranan yang sangat penting kerana ia mampu mempengaruhi mood dan emosi yang anda cuba selitkan. Malah ia juga dapat menjadikan subjek nampak cantik tanpa bayang-bayang yang pelik.

Bagi mendapatkan hasil terbaik, rakam menggunakan cahaya semula jadi.

“Rakam masa golden hour iaitu waktu matahari baru naik atau masa nak terbenam. Cahaya lembut je masa ni, tak ada la muka subjek korang nampak macam kena suluh lampu suluh,” ujarnya lagi.

Jika anda terpaksa merakam dalam bangunan, pastikan anda guna cahaya tambahan seperti lampu gelung (ring light) dan pastikan anda elak dari back light iaitu cahaya berada di belakang subjek. Kewujudan cahaya ini boleh menyebabkan subjek menjadi gelap.

Setelah tetapkan pencahayaan, pastinya anda mahu merakam dialog atau bunyi. Tiada masalah untuk gunakan mikrofon sedia ada pada telefon pintar anda, tetapi audio akan kedengaran lebih jelas jika anda gunakan mikrofon tambahan.

“Dengan microphone berkualiti, bunyi suara lebih bersih, dan penonton pun lebih senang nak hadam apa yang korang sampaikan,” tambahnya.

Akhir sekali, selepas anda selesai merakam, tiba masa untuk proses penyuntingan.

Untuk menyunting, pilih aplikasi yang mudah digunakan seperti iMovie atau CapCut. Potong dan susun klip anda dengan baik.

“Buat video pendek-pendek je tapi padat. Tak perlu rakam lama-lama sebab penonton cepat bosan.

“Tambah potongan dari sudut berbeza supaya video lebih menarik,” pesan Hendri.

Kemudian, pastikan anda jaga warna dan suara rakaman anda.

“Kalau warna video pucat atau terlalu terang, adjust sikit. Korang boleh guna filter, tapi jangan over sangat sampai nampak tak natural.

“Selain tu, jangan lupa pada audio. Kalau suara subjek tak jelas, tambah subtitle atau guna voice over yang lebih kuat,” tambahnya lagi.

Itulah dia perkongsian yang membantu persiapan kemahiran, teknik dan keperluan untuk anda merakam, dan hasilkan video seperti pro. Anda boleh lihat hasilnya sendiri yang turut dikongsikan Hendri.

https://www.facebook.com/watch/?v=885740373052059

Selamat mencuba.

Sumber: Hendri Helmi

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.