Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ratu mesin bantu iks
Kredit: Universiti Putra Malaysia

Ada Lebih 60 Ciptaan, Profesor Hebat UPM Ini Digelar ‘Ratu Mesin IKS’

Azizah Najib

Ada Lebih 60 Ciptaan, Profesor Hebat UPM Ini Digelar ‘Ratu Mesin IKS’

Seorang profesor di Jabatan Kejuruteraan Proses dan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Univeristi Putra Malaysia (UPM) digelar ‘Ratu Mesin’ selepas mencipta kejayaan hebat yang sukar ditandingi.

Gelaran luar biasa itu diberikan kepada Prof Ts Dr Rosnah Shamsudin yang mencipta lebih 60 harta intelek berdaftar mesin pemprosesan makanan bagi membantu Industri Kecil & Sederhana (IKS).

BACA: Bumi Bakal Punyai ‘Bulan Mini’ Sementara Selama Dua Bulan

Menurut UPM, minat Sang Ratu Mesin ini dalam mereka bentuk mesin dikatakan bermula sejak awal kerjayanya lagi.

Menerusi pemerhatian yang dibuat, beliau menyedari ada keperluan mendesak dalam mempertingkatkan kecekapan pengeluaran makanan tradisional di negara ini.

Ratu Mesin, profesor UPM cipta lebih 60 mesin untuk bantu pengusaha IKS

“Hasil pemerhatian saya mendapati banyak produk makanan yang dihasilkan secara tradisional namun permintaannya sangat tinggi terutamanya penghasilan kuih raya pada musim perayaan.

“Jadi mesin diperlukan untuk membantu mempercepatkan proses pembuatan kuih dalam memenuhi permintaan pengguna.

“Kebanyakan cetusan idea adalah daripada permintaan pengusaha IKS sendiri. Sehingga kini sudah lebih 60 harta intelek berdaftar dan ada diantaranya telah dikomersilkan,” katanya.

BACA: Warisan Sepanjang Zaman, Ini Sejarah Batik Di Malaysia

Berkongsi lanjut, Dr Rosnah Shamsudin berkata setiap mesin ciptaannya mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri.

Antaranya mudah dikendali, mudah diselenggara dan mudah dialihkan, sekaligus boleh disesuaikan mengikut keperluan pengusaha.

Pada masa yang sama, mesin-mesin tersebut turut dicipta untuk cekap tenaga dan menjimatkan masa, selain mampu meningkatkan kualiti produk.

Contohnya, mesin karipap yang dicipta mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sehingga 12 biji karipap dalam satu masa.

“Alat atau mesin yang dibangunkan adalah untuk menjimatkan masa dan tenaga serta mempercepatkan pembuatan.

“Ia juga meningkatkan kuantiti produk yang dihasilkan selain direka bentuk secara semi-automatik,” tambah beliau lagi.

BACA: Jangan Buang, Ini Tip Paling Mudah Cuci Bekas Plastik Berminyak

Terbaru, beliau mendapat perhatian apabila mencipta mesin pencincang kulit durian yang dapat memudahkan proses pengkomposan, malah boleh digunakan untuk menjadikannya produk bernilai tinggi.

Ciptaan terbaru itu sekaligus dapat menawarkan penyelesaian kepada pengurusan sisa kulit durian yang dihadapi setiap kali musim Raja Buah itu tiba.

Sumber: Universiti Putra Malaysia (UPM)