Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
'bulan mini' sementara bumi
Kredit: Bernama

Bumi Bakal Punyai ‘Bulan Mini’ Sementara Selama Dua Bulan

Azizah Najib

Bumi Bakal Punyai ‘Bulan Mini’ Sementara Selama Dua Bulan

WASHINGTON, 20 Sept (Bernama) — Bumi dijangka mempunyai ‘bulan kedua’ buat sementara waktu apabila sebuah asteroid kecil mula mengorbit planet ini pada akhir September, lapor United Press International (UPI).

Asteroid itu dikenali sebagai 2024 PT5 berasal dari jaluran asteroid Arjuna, menurut penyelidik di Asteroid Terrestrial-impact Last Alert System (ATLAS) yang dibiayai oleh NASA, iaitu sistem pemantauan asteroid di Afrika Selatan.

BACA: Apa Kaitan Air Pasang Besar Dengan Gerhana Bulan? Ini Jawapannya

Penyelidik berkata bahawa tarikan graviti Bumi akan menarik ‘bulan mini’ itu ke arah planet ini dan ia akan mengorbit Bumi bagi tempoh hampir dua bulan bermula 29 September hingga 25 November.

Terdapat beberapa objek yang pernah memasuki orbit Bumi sebelum ini, tetapi kebiasaannya tidak melengkapkan putaran penuh dan tidak bertindak seperti Bulan sebenar.

Para saintis menjangkakan bahawa asteroid ini akan kembali pada 2055.

BACA: Jumlah Mangsa Banjir Di Kedah Terus Meningkat

Walaupun fenomena ini menarik perhatian yang meluas, namun asteroid 2024 PT5 tidak akan kelihatan dengan mata kasar atau melalui teleskop biasa yang digunakan di halaman rumah.

Penyelidik utama dan Profesor dari Universidad Complutense de Madrid, Carlos de la Fuente Marcos berkata 2024 PT5 akan mencapai jarak kira-kira 2.8 juta batu dari Bumi dan bergerak pada kelajuan sekitar 2,200 batu sejam, membolehkan ia dipengaruhi oleh tarikan Bumi untuk sementara waktu.

BACA: Banjir: Cuti Pegawai, Anggota Bomba Di Kedah Dibeku

“Dalam keadaan ini, tenaga geosentrik objek mungkin menjadi negatif, dan objek itu boleh menjadi Bulan sementara Bumi.

“Asteroid ini akan mengalami proses itu bermula minggu depan dan berterusan selama kira-kira dua bulan. Ia tidak akan mengikuti orbit penuh mengelilingi Bumi,” kata Marcos yang memantau aktiviti asteroid itu selama beberapa minggu.

Sumber: Bernama