Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kontrak hendrawan bakal tamat
Kredit Gambar: Bernama

Kontrak Hendrawan Bakal Tamat, Lee Chong Wei Titip Ucapan Penghargaan

Athirah

Kontrak Hendrawan Bakal Tamat, Lee Chong Wei Titip Ucapan Penghargaan

Lagenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei hari ini menitipkan kata-kata perpisahan kepada jurulatih Hendrawan yang membantu beliau sehingga terkenal di peringkat antarabangsa.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Lee Chong Wei, beliau turut mendoakan yang terbaik dalam kerjayanya dan akan sentiasa mengingati kenangan manis dan pahit mereka bersama.

“Ucapan selamat tinggal tidak pernah mudah, terutamanya apabila ia datang daripada seseorang yang pernah berada di sisi kita melalui susah dan senang, baik di dalam mahupun di luar gelanggang

“Jurulatih Hendrawan, anda bukan sahaja seorang mentor tetapi anda juga telah menjadi seperti figura abang badminton,” ujar hantaran itu.

BACA: China Cipta Dua Rekod Dunia, Lebih 10,000 Dron Hiasi Ruang Langit Shenzhen

Di samping itu, Lee Chong Wei juga percaya negara ini akan merindui kepakaran jurulatih bertaraf dunia selepas Hendrawan membawa haluannya sendiri.

“Kita mengalami detik-detik keseronokan, peluh dan air mata. Walaupun anda meneruskan cabaran lain, pengaruh anda terhadap kerjaya saya dan badminton Malaysia akan kekal seumur hidup. Terima kasih atas segalanya, jurulatih.

“Saya doakan yang terbaik untuk pengembaraan anda yang akan datang. Pernah menjadi jurulatih, selamanya akan menjadi jurulatih, tidak kira di mana anda berada. Terima kasih, Jurulatih Pak Hendrawan!

“Ini adalah penghormatan ikhlas kepada anda atas sumbangan anda kepada saya, keluarga saya, badminton Malaysia dan seluruh arena badminton,” kata beliau lagi.

BAM tidak sambung kontrak Hendrawan

Menurut Bernama, Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kontrak jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, yang bakal tamat Disember ini tidak akan disambung.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata jurulatih berusia 52 tahun itu dimaklumkan perkara tersebut dalam pertemuan semalam.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Hendrawan kerana dia sudah menyumbang kepada BAM selama 15 tahun.

“Beliau juga bantu BAM untuk dapat pingat perak di temasya Olimpik dan pernah bawa Lee Zii Jia jadi juara,” katanya ketika ditemui selepas latihan pasukan kebangsaan di ABM di sini hari ini.

Untuk rekod Hendrawan mula berkhidmat di negara ini pada 2009 dan pernah menjadi jurulatih pelapis perseorangan lelaki negara.

Juara dunia 2001 itu juga pernah membimbing bekas jaguh perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei untuk meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio 2016.

Sumber: Lee Chong Wei via Facebook