Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
china 10000 dron
Kredit: Guinness World Records via X

China Cipta Dua Rekod Dunia, Lebih 10,000 Dron Hiasi Ruang Langit Shenzhen

Iqbal Yasir

China Cipta Dua Rekod Dunia, Lebih 10,000 Dron Hiasi Ruang Langit Shenzhen

Sebanyak lebih 10,000 dron menghiasi langit di Taman Teluk Shenzhen, China pada 26 September lalu dalam satu pertunjukan yang memukau, lapor Wions.

Himpunan 10,197 dron itu memaparkan pelbagai imej haiwan dan bangunan berwarna-warni.

Antara paparan imej yang terlihat adalah “Sky City” atau bandar langit, rupa manusia dan banyak lagi.

Istimewanya, persembahan bertemakan “Bandar Langit Shenzhen” itu berjaya mencipta sejarah dengan memecahkan dua rekod Guinness World Records.

Rekod pertama adalah penggunaan jumlah dron terbanyak di udara serentak di bawah kawalan satu komputer.

Manakala, rekod kedua ialah imej udara terbesar yang dipaparkan menggunakan dron.

Dalam pada itu, persembahan ini turut menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk.

Beliau memuji kehebatan China dalam mengendalikan pertunjukan dron di peringkat global.

Untuk info, beberapa hari sebelumnya, China turut berjaya mencipta rekod dunia bagi imej udara terbesar menggunakan 7,598 dron.

Difahamkan, persembahan itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-72 Wilayah Autonomi Korea Yanbian di Jilin, China.

Persembahan Dron Untuk Neymar

Terdahulu, kehadiran Neymar ke Liga Arab Saudi disambut meriah dengan persembahan ratusan dron.

Video di sebalik tabir sambutan bintang itu telah menjadi tular di media sosial dan seterusnya menjadi bualan hangat peminat di seluruh dunia.

Perkongsian video di sebalik tabir itu telah dikongsi oleh syarikat yang bertanggungjawab dalam menjayakan persembahan dron tersebut.

Syarikat yang dikenali sebagai New Rise Technologies telah berkongsi video tersebut di akaun TikTok miliknya, @newrisesa.

Menerusi perkongsian video itu, pasukan daripada syarikat itu dilihat dengan teliti telah melakukan persediaan mereka bagi menjayakan acara tersebut.

BACA: Pengguna MyJPJ Perlu Berdaftar Dengan Aplikasi MyDigital ID Bermula 10 Oktober Ini

BACA: Pizza Wagyu Jofliam 99 Terbaik Dunia

BACA: Honda Malaysia Tawar Rebat Civic Type R Hingga RM80K

BACA:Ella Muncul Sebagai Penyanyi Antem Nasional Di AFTER RACE FEST

Sumber: Wions, Guinness World Records