Siakap Keli
myjpj mydigital id
Gambar: Bernama

Pengguna MyJPJ Perlu Berdaftar Dengan Aplikasi MyDigital ID Bermula 10 Oktober Ini

Pengguna MyJPJ Perlu Berdaftar Dengan Aplikasi MyDigital ID Bermula 10 Oktober Ini

Kemaskini terbaru aplikasi MyJPJ hari ini memaparkan notis kepada pengguna untuk mendaftar akaun MyDigital ID sebelum 10 Oktober 2024.

Selepas tarikh tersebut, pendaftaran MyDigital ID diperlukan untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ.

“Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024.

“Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk,” tulis kenyataan dalam paparan di aplikasi MyJPJ.

Gambar: MyJPJ
Gambar: MyJPJ

Bagaimanapun, pengguna yang telah melakukan pendaftaran di MyDigital ID boleh mengabaikan notifikasi berkenaan.

Untuk maklumat, MyDigital ID ialah satu inisiatif Kerajaan bagi pengesahan identiti yang selamat dan sah untuk pengguna dalam talian.

Terdahulu, MyJPJ merupakan aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk kegunaan orang awam membuat transaksi dan semakan lalu lintas jalan raya.

Aplikasi ini diperkenalkan pada Februari tahun lalu selaras dengan Langkah Digitalisasi yang diperkenalkan Kementerian Pengangkutan, kebanyakan urusan melibatkan dokumentasi pengangkutan kini sudah didigitalisasikan.

Tambah Menterinya, Anthony Loke, pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ sejak 1 Februari lalu.

Beliau bagaimanapun berkata pelaksanaan urus niaga pembaharuan lesen melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa dengan peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu warganegara.

“Bagi memudahkan orang awam mendapatkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara digital, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb 2024.

“Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam dalam memperbaharui LKM dan LMM secara digital, menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ,” katanya ketika sidang media selepas melawat JPJ Selangor.

Sumber: MyJPJ

BACA: Pizza Wagyu Jofliam 99 Terbaik Dunia

BACA: Honda Malaysia Tawar Rebat Civic Type R Hingga RM80K

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.