Siakap Keli
kanak-kanak rumah amal gisbh
Sumber : BERNAMA

KPM Laksana Program Pendidikan Untuk Kanak-Kanak Rumah Amal GISBH

KPM Laksana Program Pendidikan Untuk Kanak-Kanak Rumah Amal GISBH

Bermula 1 Oktober 2024, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaksanakan  program pendidikan untuk kanak-kanak rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang sedang mendapat perlindungan pihak berkuasa. 

Program pendidikan ini dirangka khusus untuk memberi akses pendidikan formal dan berstruktur kepada kanak-kanak terlibat bagi  mengelakkan keciciran pembelajaran. Seramai 68 orang guru KPM terlibat secara langsung dalam program ini. 

Bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang tidak pernah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan, program ini menggunakan Kit Program Transisi Tahun 1 dan  Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA). Kit ini memberi  penekanan kepada aspek sosioekonomi, kognitif dan fizikal  kanak-kanak bagi membina keyakinan diri dan seterusnya sebagai  persediaan holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi.  

Modul yang digunakan turut menerapkan elemen yang dapat meningkatkan kesedaran tentang potensi diri serta memupuk  keseimbangan kanak-kanak ini dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek (JERSI) sebagai persediaan untuk menyesuaikan diri  dengan suasana pembelajaran secara positif dan seterusnya  mempersiapkan mereka untuk menghadapi suasana pembelajaran  baharu.

Selaras dengan agenda Pendidikan Manusiawi, KPM komited memastikan kanak-kanak terlibat mendapat peluang pendidikan terbaik dan tiada yang terpinggir.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.