Siakap Keli
nenek rambut panjang
Gambar: TikTok @pusatrawatannurzikirhq

Tauke Kilang Non-Muslim Ikhtiar Panggil Pusat Rawatan Islam Atasi Gangguan Makhluk Halus

Tauke Kilang Non-Muslim Ikhtiar Panggil Pusat Rawatan Islam Atasi Gangguan Makhluk Halus

Baru-baru ini, tular perkongsian mengenai seorang tauke kilang ‘non-Muslim’ meminta bantuan daripada pusat rawatan Islam untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus di kilang miliknya.

Menariknya, pemilik kilang berbangsa Cina itu memilih kaedah rawatan Islam, termasuk melaungkan azan, bagi meredakan gangguan misteri yang sudah sekian lama mengganggu para pekerja.

Difahamkan, gangguan ini melibatkan kelibat seorang nenek tua berambut panjang yang sering muncul di kawasan kilang.

Sebelumnya, pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kilang untuk mengatasi ‘kejadian seram’ itu, tetapi semuanya menemui jalan buntu.

Menerusi video yang dikongsikan dalam TikTok, @pusatrawatannurzikirHQ, dapat dilihat dengan jelas Team Nur Zikir melaksanakan ‘pembersihan’ dan ‘pemagaran’ di sekitar kawasan parkir kilang.

Kedengaran azan berkumandang yang dilaungkan oleh beberapa orang Team Nur Zikir di setiap penjuru kilang.

Tujuannya bukan sahaja untuk menghalau makhluk halus, tetapi juga untuk memagar kawasan itu agar gangguan tidak kembali.

“Syukur, selepas ritual pembersihan dilakukan oleh Team Nur Zikir, gangguan tersebut beransur hilang.

“Malah, bos kilang itu turut meminta agar ‘pemagaran’ dilakukan di beberapa lagi lokasi kilangnya yang lain,” tulis kapsyen di hantaran TikTok tersebut.

@pusatrawatannurzikirhq

boss kilang chinese panggil Team Nur Zikir, untuk buat pembersihan serta pemagaran tapak parking kereta di kilang miliknya, yang di ganggu dengan kelibat nenek tua berambut panjang di kawasan itu. katanya sudah pelbagai cara sudah di buat, tetapi masih ada. syukur🤲🏼. selepas selesai dari team kami gangguan itu sudah tiada, dan bos chinese itu meminta kami buat pemagaran lagi di beberapa kilangnya di lokasi yang lain. #pusatrawatannurzikir #nurzikirhq #jin #ruqyah #perawat #fypシ #rawatanislam #jin #susuk #pembersihan #pagar #nenektua #malaysiaindonesia🇲🇨🇲🇾

♬ bunyi asal – pusatrawatannurzikirHQ – pusatrawatannurzikirHQ

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Kebanyakan warga maya meninggalkan respon positif dengan sebahagiannya memuji sikap terbuka majikan tersebut.

Manakala, sebahagian lagi berkongsi pengalaman serupa di mana majikan ‘non-Muslim’ turut mendapatkan rawatan Islam bagi mengatasi gangguan makhluk halus.

“Azan empat penjuru, insya-Allah berkesan,”

“Saya suka dengar azan dalam video ni. Bersambung-sambung dengan yang lain. Jatuh cinta gitu. Indah betul Islam ni,”

“Kawan saya waktu masuk kerja di Bank Negara pun selalu kena kacau dengan ‘nenek tua’. Jumpa Tok Sami, tak jalan. Jumpa ustaz baru okay,”

“Macam bangunan tempat kerja lama, selalu juga diganggu. Akhir sekali, pihak pengurusan kerap pasang surah dan sekarang dah okay,”

“Bos kilang Jepun tempat saya kerja pun suruh buat bacaan Yaasin dan tahlil sebab banyak ‘gangguan’. Sekarang Alhamdulillah, tiada apa-apa,”

BACA: Nak Hadir Majlis Pengebumian Rakan Muslim, Wanita Minta Jiran Ajarkan Pakai Selendang

BACA: Apa Maksud Perfume Bau “Spicy”? Ini Jawapannya

BACA: Tak Amal Apa-Apa Petua, Jamal Abdillah Kongsi Rahsia Awet Muda

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.