Nak Hadir Majlis Pengebumian Rakan Muslim, Wanita Minta Jiran Ajarkan Pakai Selendang
Sudah menjadi lumrah manusia yang hidup di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain.
Jadi, antara peraturan hidup yang sepatutnya disemai dalam diri setiap anggota masyarakat adalah saling menghormati dan berbuat baik kepada jiran tetangga.
Apatah lagi, jiran mungkin menjadi antara insan terdekat dengan kita selain keluarga sendiri. Jika terjadi perkara yang tidak diingini, merekalah yang akan kita tuju dahulu untuk meminta pertolongan, kan?
Begitu jugalah situasi yang berlaku dalam satu video di Amerika Syarikat yang menjadi tular baru-baru ini.
Jiran minta tolong ajar cara pakai selendang, nak hadir majlis pengebumian rakan
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @babybugz213, seorang wanita telah mengunjungi rumahnya dan meminta untuk diajarkan cara memakai selendang.
Menurut @babybugz213, wanita itu memberitahu bahawa ingin menghadiri majlis pengebumian rakannya yang bergama Islam.
Katanya lagi, dia mahu memakai menutup kepala kerana mahu menghormati majlis pengebumian yang diadakan di sebuah masjid.
Wanita itu juga memberitahu dia akan membeli sehelai tudung di kedai, namun ingin bertanya kepada @babybugz213 cara memakainya terlebih dahulu.
“Terima kasih kerana kongsikan detik indah seperti ini”
Tanpa berlengah, @babybugz213 kemudiannya mengambil sehelai selendang miliknya sebelum diberikan kepada wanita itu dan mengajar cara pemakaian yang paling ringkas.
@babybugz213 seterusnya bertindak menghadiahkan selendang tersebut kepada wanita itu dan memberitahu ia boleh dipakai terus untuk menghadiri majlis pengebumian rakannya.
Terharu dengan pemberian berkenaan, wanita itu beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada @babybugz213 sebelum beredar.
Sementara itu, @babybugz213 sempat memuji wanita tersebut kelihatan sangat cantik selepas mengenakan selendang berkenaan.
Video berkenaan mendapat 2.6 juta tontonan daripada pengguna TikTok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terharu dan memuji tindakan @babybugz213 kerana sudi membantu wanita tersebut.
Rata-rata terharu melihat detik-detik manis sebegitu dan berharap seluruh komuniti dapat menunjukkan keakraban yang serupa.
BACA: Wartawan Tengah Bersiaran Langsung Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Banjir
@babybugz213 This really did make my day. My beautiful neighbor was going to a funeral and wanted to be respectful.🥰🥰 #islam #muslim #muslimtiktok #hijabi
BACA: Coldplay Rancang Untuk ‘Bersara’ Selepas Lancar Album Ke-12
Sumber: @babybugz213 via TikTok