Siakap Keli
Bantu Wanita Terperangkap
Kredit: Sky News

Wartawan Tengah Bersiaran Langsung Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Banjir

Wartawan Tengah Bersiaran Langsung Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Banjir

Tindakan seorang wartawan cuaca meninggalkan siaran langsung bagi menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam kereta ketika banjir meraih pujian warga maya.

Menurut Sky News, kejadian berkenaan berlaku ketika Bob Van Dillen melaporkan kejadian banjir berhampiran Peachtree Vreek di Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat.

Pada awalnya, Van Dillen yang sedang bertugas cuba meyakinkan wanita berkenaan bahawa bantuan akan tiba tidak lama lagi.

Bagaimanapun, panik dengan paras air yang meningkat sehingga ke paras dada, wanita tersebut terus menjerit meminta pertolongan.

Sebaik sahaja mendengar jeritan berkenaan, Van Dillen terus meninggalkan siaran langsung tersebut dan bergegas meredah banjir menuju ke arah kenderaan wanita itu.

Tinggalkan siaran langsung, wartawan redah banjir selamatkan wanita terperangkap dalam kereta

“Saya akan ke sana ( ke arah mangsa) untuk melihat keadaan wanita berkenaan dan apa yang boleh saya bantu. Saya akan kembali sebentar lagi,” kata Van Dillen.

Tidak lama kemudian,wartawan cuaca itu dilihat berjalan kembali ke arah kamera bersama mangsa yang sedang berpaut di belakangnya.

Dalam temu bual selepas kejadian berkenaan, Van Dillen memberitahu dia melihat wanita itu berada di kerusi pemandu dan masih memakai tali pinggang keledar.

Ketika itu, paras air banjir dalam kereta sudah pun menghampiri leher mangsa.

“Air semakin naik dan memenuhi kereta berkenaan. Air sudah mencapai paras leher wanita itu dan dia sebenarnya hampir tenggelam dalam kereta sendiri,” kata Van Dillen lagi.

Tindakan dapat pujian selepas tular di media sosial

Tindakan Van Dillen itu kemudian menjadi tular selepas video siaran langsungnya ketika kejadian dimuat naik ke media sosial.

Rata-rata berpendapat, Van Dillen mengambil risiko dengan meredah banjir tersebut dan tindakannya menyelematkan mangsa yang terperangkap boleh dianggap sebagai wira.

@foxnews

HEROIC RESCUE: @foxweather meteorologist rushes to save a woman from rising floodwaters as deadly Helene slams the Southeast.

♬ original sound – Fox News – Fox News

Dalam pada itu, Sky News melaporkan sekurang-kurangnya 52 orang maut selepas taufan kategori empat melanda kawasan di tenggara Amerika Syarikat itu.

BACA: Jangan Keliru, Ini Beza Label EDT Dengan EDP Sebelum Beli Minyak Wangi

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber: Sky News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.