Siakap Keli
Coldplay Umum Bersara
Kredit: AFP

Coldplay Rancang Untuk ‘Bersara’ Selepas Lancar Album Ke-12

Coldplay Rancang Bersara Selepas Lancar Album Ke-12

Vokalis utama kumpulan Coldplay baru-baru ini mendedahkan rancangan kumpulannya untuk ‘bersara’ selepas pelancaran album studio ke-12 mereka nanti.

Chris Martin, 47, berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual oleh Zane Lowe menerusi podcast Apple Music 1, lapor NBC News.

“Kami hanya akan menghasilkan 12 album dan ia memang benar. Meletakkan had itu bermakna kawalan mutu sangat tinggi ketika ini dan menjadikan untuk sesuatu lagu terpilih (dimasukkan dalam album) hampir mustahil.

“Tetapi, ia sangat hebat. Jadi, mana yang kami boleh cuba, kami akan tambah baik,” katanya.

Beberapa pengaruh besar menjadi sumber inspirasi untuk album ke-12

Menurut NBC News, Coldplay bukan saja-saja meletakkan had 12 album, sebaliknya diinspirasikan daripada beberapa pengaruh terbesar ke atas kumpulan itu.

“Hanya ada tujuh Harry Potters. Hanya ada 12 1/2 album Beatles, hampir sama seperti Bob Marley dan mereka ini adalah hero kami,” kata Martin.

Selain itu, had itu juga ditetapkan kerana Martin mahu setiap anggota kumpulannya mempunyai kesempatan untuk mengucapkan “Viva la vida” nanti.

Tambah Chris, dia dan ahli kumpulan yang lain, Jonny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion tidak mahu menghabiskan sisa hidup mereka dengan hanya menghasilkan lagu untuk Coldplay.

“Untuk menghasilkan sebuah album yang sama hebat dengan sebuah kumpulan, banyak pertikaian yang berlaku antara satu sama lain.

“Jadi, saya ingin rakan-rakan yang lain ada peluang untuk meluangkan masa buat diri sendiri,” katanya.

Walaupun Coldplay merancang untuk ‘bersara’ selepas album ke-12 mereka, ini tidak bermakna kumpulan itu akan meninggalkan terus industri hiburan.

Menurut Chris, mereka amat mencintai dunia muzik dan tidak menolak kemungkinan terlibat dalam projek berbeza selepas ini.

Meneruskan sesi jelajah di Australia dan New Zealand

Sementara itu, para peminat Coldplay masih mempunyai masa yang panjang untuk menikmati karya-karya kumpulan berkenaan.

Ia selepas Coldplay baru sahaja mencapai album studio ke-10 yang akan dilancarkan pada 4 Oktober nanti. Ini bermakna, masih berbaki dua album yang akan dikeluarkan dan bila tarikh sebenar Coldplay akan bersara masih tidak pasti.

Difahamkan, kumpulan itu baru sahaja menghabiskan sesi jelajah Music the Spheres di Eropah yang mana menjana pendapatan sebanyak $1 bilion sejak dilancarkan pada  Mac 2022.

Menurut NBC News lagi, ia merupakan sesi jelajah rock pertama dan jelajah kedua yang pernah dilakukan oleh mereka.

Coldplay akan meneruskan sesi jelajah mereka di Australia dan New Zealand pada lewat bulan depan.

BACA: Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

BACA: Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Ditamatkan

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber: NBC News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.