Siakap Keli
Oracle Akan Labur
Kredit: Bernama

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

Oracle Akan Labur Lebih US$6.5 Bilion Dalam AI, Pengkomputeran Awan Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (Al) dan awannya.

Dalam kenyataan pada Rabu, Oracle menjelaskan wilayah awan yang akan diwujudkan itu membolehkan pelanggan dan rakan kongsinya di Malaysia memanfaatkan infrastruktur dan perkhidmatan Al dan memindahkan beban kerja yang penting kepada Oracle Cloud Infrastructure (OCI).

Oracle turut memetik kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang berkata “kami amat mengalu-alukan pelaburan US$6.5 bilion oleh Oracle di Malaysia, yang mewakili satu lagi pengembangan operasi 36 tahun mereka di Malaysia.

BACA: 23 Dikhuatiri Terkorban Selepas Bas Dua Tingkat Terbakar Di Bangkok

Tengku Zafrul juga berkata: “pelaburan ini akan memperkasakan entiti Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, dengan Al dan teknologi awan yang inovatif dan termaju untuk meningkatkan daya saing global mereka.”

Beliau berkata pelaburan itu juga merupakan langkah penting ke arah merealisasikan aspirasi Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar pada 2030.

“Keputusan Oracle untuk mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia menekankan ketersediaan infrastruktur Malaysia dan kedudukan negara yang semakin kukuh sebagai destinasi utama Asia Tenggara bagi pelaburan digital,” katanya.

BACA: China Cipta Dua Rekod Dunia, Lebih 10,000 Dron Hiasi Ruang Langit Shenzhen

Sumber: Bernama

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.