Siakap Keli
manchester city premier league
Gambar: AFP

City Umum Menang Beberapa Tuntutan Ke Atas Premier League

City Umum Menang Beberapa Tuntutan Ke Atas Premier League

Manchester City mengumumkan keputusan beberapa tuntutan ke atas Premier League berhubung peraturan Associated Party Transaction (APT) yang memihak kepada kelab itu, hari ini.

Menurut kenyataan City, kelab berkenaan telah mengemukakan aduan kepada Tribunal Timbang Tara sebelum ini dan menyambut baik dengan penemuan yang dibuat oleh tribunal berkenaan.

Tribunal Timbang Tara berpendapat, peraturan-peraturan APT adalah menyalahi undang-undang dan dua keputusan spesifik berhubung penajaan ke atas kelab itu yang dibuat oleh Premier League sebelum ini telah diketepikan.

Selain itu, tribunal itu juga mendapati bahawa undang-undang asal dan pindaan APT adalah bercanggah dengan undang-undang persaingan yang diamalkan di United Kingdom.

Ia juga sekaligus melanggar keperluan terhadap sebuah prosedur yang adil.

City menang tuntutan berhubung penajaan terhadap Premier League

Menurut City lagi, tribunal itu juga mendapati bahawa Premier League telah menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam perkara ini.

Tribunal itu juga kemudian menyimpulkan bahawa peraturan-peraturan ATP secara strukturnya adalah tidak adil.

Malah, Premier League juga didapati secara khusus tidak adil dalam caranya menguatkuasakan peraturan-peraturan berkenaan terhadap pasukan-pasukan yang bertanding.

Seterusnya, peraturan-peraturan ATP juga disifatkan sebagai berdiskriminasi dalam caranya beroperasi, iaitu dengan secara sengaja bertindak mengecualikan pinjaman yang dibuat oleh pemegang taruh.

Selain penemuan berkenaan, tribunal juga bertindak mengetepikan keputusan khas Premier League untuk menyatakan semula nilai pasaran saksama bagi dua transaksi yang dimeterai oleh kelab tersebut.

Menurut City lagi, tribunal mendapati bahawa prosedur yang dilalui Premier League untuk membuat keputusan tersebut adalah tidak adil.

Tribunal seterusnya mendapati berlaku kelewatan yang tidak munasabah oleh Premier League dalam penilaian nilai pasaran saksama dua transaksi tersebut.

Dengan kelewatan yang berlaku, tribunal kemudian memutuskan bahawa Premier League telah melanggar peraturannya sendiri.

Berbeza dengan 115 kes yang dihadapi oleh City

Dalam pada itu, Daily Mail UK melaporkan keputusan berhubung dua penajaan yang berpihak dengan City tiada kena mengena dengan 115 kes yang dihadapi kelab itu ketika ini.

Menurut portal berita itu, 115 kes melanggar peraturan kewangan itu adalah kes undang-undang yang terpisah daripada kes yang dibawa ke Tribunal Timbang Tara.

BACA: Pertama Di Dunia, Mark Zuckerberg “Custom” Porsche Cayenne Turbo GT Jadi Minivan Untuk Isteri

Sumber: Manchester City

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.