Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar, Tengku Natasya Berjalan 3 Hari
Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung selama tiga hari.
Menurut Sinar Harian, istiadat berkenaan akan diadakan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Semalam, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal yang diadakan di Taman Duta di sini
Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah bakal bernikah hujung Oktober ini
Difahamkan, Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Raja Puteri Suraiya Afzan.
Selain itu, Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana turut menghadiri majlis ini.
Selepas Tengku Afzan, kini giliran Tengku Muhammad Iskandar menaiki pelamin
Menurut Bernama, pada 22 Ogos lalu, anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.
Istiadat perkahwinan diraja itu disaksikan oleh Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri Tengku Ampuan Pahanh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memakai persalinan berwarna kuning diraja bersama paduka-paduka anakanda.
Pasangan diraja yang tampak segak dan manis dengan mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna putih itu, dinikahkan oleh wakil Al-Sultan Abdullah iaitu Mufti Pahang Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dengan dua kali lafaz.
BACA: Ramai Ingat Dari Bom Nuklear Je, Radiasi Sebenarnya Selalu Ada Di Sekeliling Kita