Siakap Keli
Makanan Menjijikkan
Kredit: @bukhadurov via Instagram

Netizen Berbelah Bahagi, Muzium Sweden Senarai Durian Antara Makanan Menjijikan Di Dunia

Netizen Berbelah Bahagi, Muzium Sweden Senarai Durian Antara Makanan Menjijikan Di Dunia

Durian merupakan sejenis buah yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, umur dan jatina.

Apabila tiba musimnya, deretan gerai menjual Raja Buah ini tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Dimana-mana ada sahaja orang yang menjual durian.

Paling dicari setiap tahun tentunya durian Musang King dan Duri Hitam, disamping beberapa variati yang lain.

Selain di Malaysia, durian juga sangat diminati penduduk di beberapa negara Asia seperti di China dan negara sekitar Asia Tenggara.

Bagaimanapun, situasi berbeza dengan mereka yang berasal dari benua berbeza, terutamanya dari Eropah.

Bagi mereka, bau buah ini sahaja sudah mampu membuatkan diri terasa mual dan kepala pening. Apatah lagi apabila dijamah, mungkin ada yang tidak tahan hingga memuntahkan kembali isi durian yang berada dalam mulut.

Maka tak hairanlah, sebuah muzium di Eropah telah menyenaraikan durian sebagai antara makanan paling menjijikan di dunia.

Menerusi video yang dikongsikan @bukhadurov di Instagram, senarai tersebut boleh ditemui dengan melawat Disgusting Food Museum di Sweden.

Beberapa hidangan dari negara lain turut dihidangkan

Menurut @bukhadurov, muzium itu terkenal kerana mempamerkan beberapa makanan yang dianggap pelik dan menjijikan oleh sebahagian orang yang berasa dari pelbagai latar budaya.

Pengunjung ke muzium tersebut diberi kad bingo yang boleh dicoret selepas mereka mencuba senara makanan menjijikan yang ada.

Selain durian, manakan lain yang dianggap jijik termasuklah juadah sup kelawar buah  (Guam), tikus belanda (Peru) dan kumbang busuk (Afrika Selatan).

Selepas melihat semua makanan ‘menjijikkan’, pengunjung boleh menuju ke kaunter khas untuk mencuba sendiri makanan-makanan tersebut.

Ketika @bukhadurov mencuba durian yang disediakan, dia menggambarkan buah tersebut memiliki bau seperti bau bawang tetapi rasa seperti mangga.

Rakyat Malaysia mempunyai pandangan berbeza

Difahamkan, video yang dikongsikan telah mengundang pelbagai reaksi berbelah bahagi daripada warga maya, termasuklah dari rakyat Malaysia.

Mereka antaranya tidak bersetuju apabila durian disenaraikan sebagai antara makanan menjijikkan kerana mempunyai rasa dan aroma yang unik.

Pada masa yang sama, ada juga yang berpendapat senarai tersebut sebagai tidak menghormati budaya dan makanan sebahagian masyarakat.

Begitupun, ada yang berlapang dada dan menerima bahawa setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dalam setiap perkara, termasuklah dalam bab makanan.

BACA: Juara Masterchef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia Rasa Berpasir & Rempah Tak ‘Asli’

Sumber: @bukhadurov via Instagram

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.