Siakap Keli
Wajah Sebenar Firaun
Gambar: The Guardian

Saintis Lakar Semula Wajah Sebenar Firaun

Saintis Lakar Semula Wajah Sebenar Firaun

Selepas lebih 3,500 tahun, sekumpulan saintis dan pakar grafik berjaya melakar semula wajah seorang ‘firaun’ yang ditemui di Lembah Raja-raja, Mesir.

Laporan Daily Mail mendedahkan bahawa projek ini diketuai oleh Cicero Moraes, seorang pakar grafik dari Brazil.

Difahamkan, beliau menggunakan teknologi moden dan pelbagai kaedah saintifik untuk menghasilkan semula rupa Firaun tersebut.

Gambar: The Guardian

“Satu kaedah menggunakan penanda ketebalan tisu lembut sekitar tengkorak Firaun, berpandukan data imbasan tomografi (CT) daripada penderma hidup.

“Kaedah kedua dikenali sebagai deformasi anatomi, di mana rekaan digital di kepala penderma diubah suai sehingga tengkorak itu sepadan dengan tengkorak Firaun,” katanya.

Projek ini turut disokong oleh ahli radiologi paleo, Sahar N. Saleem dari Universiti Kaherah, pakar Mesir terkenal, Zahi Hawass, serta ahli arkeologi Michael Habicht dari Flinders University di Australia.

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan data penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2021, yang digunakan untuk melengkapkan model akhir wajah Firaun termasuk pakaian bersejarah yang dipakai.

Gambar: Pen News

Wajah yang dilakar semula ini adalah milik Firaun Amenhotep I, pemerintah kedua dari Dinasti ke-18 Mesir.

Amenhotep I dipercayai telah meninggal dunia ketika berusia sekitar 35 tahun dan mayatnya diawet menjadi mumia.

Menariknya, Amenhotep I merupakan firaun pertama yang dikebumikan di Lembah Raja-raja.

Walau bagaimanapun, imej yang terhasil daripada lakaran ini tidak sepenuhnya menyerupai wajah yang terdapat pada patung-patung atau ukiran lama.

Gambar: The British Museum

Sebaliknya, projek ini lebih memfokuskan kepada menghasilkan wajah berdasarkan struktur sebenar tengkorak.

BACA: Netizen Berbelah Bahagi, Muzium Sweden Senarai Durian Antara Makanan Menjijikan Di Dunia

BACA: Saintis Terkejut, Orang Utan Dipercayai Rawat Luka Sendiri Guna Tumbuhan Liar

BACA: Mumia Remaja Berusia Ribuan Tahun Ditemui Lengkap Dengan Serpihan Kulit & Rambut

Sumber: Daily Mail UK

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.