Siakap Keli
Mumia remaja rambut
Kredit AFP

Mumia Remaja Berusia Ribuan Tahun Ditemui Lengkap Dengan Serpihan Kulit & Rambut

Mumia Remaja Berusia Ribuan Tahun Ditemui Lengkap Dengan Serpihan Kulit & Rambut

Mumia seorang remaja yang hidup kira-kira 800 hingga 1,200 tahun lalu ditemui lengkap dengan serpihan kulit serta rambut.

Memetik Yahoo News, penemuan mumia di pinggir ibu kota Peru, Lima itu diumumkan oleh ketua pasukan penggalian pada Selasa lalu.

Mayat kanak-kanak yang dipelihara dengan baik itu didakwa berumur kira-kira 12 atau 13 tahun.

Menurut ketua pasukan, Yomira Huaman berkata, penemuan itu dibuat semasa penggalian di tapak arkeologi Cajamarqulla, sebuah kubur kira-kira dua meter dalam dan dilitupi oleh batu besar.

Cajamarquilla ialah sebuah bandar yang dibina daripada lumpur pada kira-kira 200 SM, pada zaman pra-Inca, dan diduduki sehingga kira-kira 1500 SM.

Ianya dikatakan telah menjadi rumah kepada 10,000 hingga 20,000 orang penduduk.

Huaman berkata, kandungan garam yang tinggi dalam pasir di kawasan itu berkemungkinan menyebabkan proses mumia semula jadi terhadap kanak-kanak tersebut.

Jantina mumia itu sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti oleh para penyelidik.

Mumia ditemui dalam keadaan yang lengkap

Mumia itu juga ditemui lengkap dengan serpihan kulit kekal di lengan dan kaki, manakala rambut juga ditemui di kepala, terpisah dari badan.

Selain itu, penemuan tersebut juga berjaya menemukan sisa gigi di rahang mumia remaja berkenaan.

“Penemuan itu sangat penting kerana ia dipelihara dengan baik,” kata Huaman, yang mengetuai pasukan ahli arkeologi dari Universiti San Marcos, di Lima.

Sementara itu, pasukan arkeologi itu turut menemui senjata batu, pinggan, jarum, tembaga dan sisa tekstil serta jagung dan cili di sebelah mumia tersebut.

Pada Februari 2022, ahli arkeologi telah berjaya menemui sebanyak 20 mumia, termasuk lapan kanak-kanak di Cajamarquilla.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Terdahulu, sekumpulan saintis mendedahkan bahawa penemuan baru mumia ikan duyung yang berusia berabad-abad sebagai anak patung haiwan yang pelik dan mengerikan.

Pada tahun 2022, penyelidik menemui ikan duyung yang berukuran sekitar 12 inci (30.5 sentimeter) panjang. Terletak di dalam kotak kayu tertutup dalam kuil Jepun di Okayama Prefecture.

Pada masa itu, penyelidik menyangka ia diperbuat daripada badan dan kepala monyet yang dijahit pada badan ikan yang dipenggal kepalanya.

Sumber: Yahoo News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.