Lebih dari 1,500 peserta dan penyokong telah hadir memeriahkan Larian Merdeka OXYENERGY x Media Prima 2026, yang bukan sahaja meraikan semangat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, malah menggalakkan gaya hidup sihat serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Bertemakan “Memperkasa Rakyat Malaysia Menjadi Lebih Sihat Sempena Merdeka”, acara ini menyatukan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk keluarga, golongan profesional, penggemar sukan dan orang awam. Para peserta boleh memilih untuk menyertai Larian Cabaran 5.5KM atau Larian Santai 3.5KM, mengikut tahap kecergasan masing-masing. Dengan kerjasama Media Prima, OXYENERGY turut menggalakkan rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur untuk kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup lebih sihat, sambil meluangkan masa bersama keluarga dan mengeratkan hubungan dalam komuniti sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Selain acara larian, para peserta turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti berkaitan kesihatan, termasuk sesi perkongsian bersama OXYENERGY yang mengetengahkan panduan praktikal mengenai pemakanan, penjagaan diri dan kesejahteraan harian. Rangkaian produk OXYENERGY seperti White Tomato, L-Carnitine, DailyBiome dan Easy Fiber turut diperkenalkan kepada para pengunjung, selaras dengan usaha jenama untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan seharian.
Syahirah Amran, Pengurus Jenama OXYENERGY, berkata, “Kami berbangga dapat menghimpunkan rakyat Malaysia melalui sebuah acara yang meraikan kesihatan, komuniti dan semangat cinta akan negara. Sambutan yang menggalakkan ini mencerminkan minat masyarakat yang semakin meningkat terhadap gaya hidup lebih sihat, sekali gus mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong kesejahteraan masyarakat melalui penglibatan komuniti yang bermakna. Acara ini juga mencerminkan usaha kami untuk menjadikan amalan hidup sihat lebih mudah diakses dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.”
Acara ini turut memberi penghargaan kepada peserta daripada pelbagai latar belakang menerusi pengiktirafan khas kepada Peserta Tertua, Peserta Termuda, Peserta OKU serta Anugerah Fesyen Merdeka Terbaik, selain cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti hiburan yang sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Sebahagian daripada usaha untuk memperluas kehadirannya di Malaysia, OXYENERGY turut mengumumkan bahawa produknya akan mula dipasarkan di cawangan Watsons terpilih di seluruh negara mulai November 2026, sekali gus memudahkan lebih ramai pengguna mendapatkan rangkaian produk OXYENERGY. Langkah ini turut memberi pengguna akses kepada produk-produk utama OXYENERGY yang telah didaftarkan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), serta mendapat pengiktirafan Halal.
Acara larian ini turut disertai oleh barisan pemimpin kerajaan, pengurusan kanan Media Prima, personaliti media, atlet dan pempengaruh, antaranya Menteri Komunikasi YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Belia dan Sukan YB Dr Taufiq Johari, Pengerusi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Syed Hussian Aljunid serta Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Rafiq Razali.

Larian Merdeka OXYENERGY x Media Prima 2026 ini mencerminkan kekuatan semangat kebersamaan dalam menyatukan masyarakat menerusi gaya hidup sihat, sambil menyemarakkan semangat perpaduan dan meraikan nilai-nilai yang menjadi asas keharmonian negara.
