Siakap Keli
Bapa Khairil Anwar Sebak
Kredit: Kredit: MPP UiTM Terengganu

Bapa Khairil Anwar Sebak, Kali Kedua Kehilangan Anak Akibat Kemalangan

Bapa Khairil Anwar Sebak, Kali Kedua Kehilangan Anak Akibat Kemalangan

Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dilapor maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura, malam tadi.

Menurut Bernama, mangsa yang meninggal dunia ialah Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi.

Manakala seorang lagi mangsa yang cedera parah dalam kejadian itu adalah Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan.

Ketika rakyat Malaysia bersimpati mendengar khabar duka itu, namun keluarga-keluarga semua mangsa pastinya lebih terkesan kerana terpaksa berdepan dengan kehilangan ahli keluarga tersayang.

Bagi Encik Jamaludin, bapa kepada Khairil Anwar, ini adalah kali kedua dia dan keluarga kehilangan anak lelaki akibat kemalangan jalan raya, dalam tempoh tujuh tahun.

Hilang dua putera dalam bulan yang sama, namun berbeza tahun

Perkara berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Farzely Nasir yang merupakan sahabat kepada Encik Jamaludin dan mengenali keluarga berkenaan.

Menurut Farzely Nasir, Encik Jamaludin sebelum ini kehilangan anak sulungnya dalam kemalangan jalan raya di Negeri Sembilan pada tahun 2017.

Ketika itu, Allahyarham dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Seremban. Manakala dalam tragedi yang berlaku di Dungun semalam, Khairil Anwar merupakan anak bongsu kepada sahabatnya itu.

Perkongsian yang dibuat oleh Farzely Nasir itu ternyata mengundang sebak warga maya yang turut kehilangan kata-kata dengan ujian menimpa Encik Jamaludin sekeluarga.

Tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian

Terdahulu, Bernama melaporkan bahawa Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira 7.26 malam.

Ketua BBP Dungun, Sharizal Shamsudin berkata seramai 10 anggota penyelamat digerakkan ke lokasi nahas sebaik sahaja menerima laporan berkenaan.

Beliau berkata laporan awal mendapati nahas itu melibatkan motosikal  jenis Yamaha LC135 dan Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an dan kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

Menerusi video di laman X @bernamadotcom, suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Dungun pagi ini sewaktu ahli keluarga dan rakan tiga penuntut UiTM Dungun yang maut malam tadi berkumpul di hospital.

https://x.com/bernamadotcom/status/1844187449205162065

BACA: Baru Tiba Di Mekah Untuk Umrah, Ibu Bapa Ku Adib Pulang Kembali Ke Malaysia

Sumber: Mynewshub via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.