Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Dua Anggota Pengaman
Kredit: Bernama

Dua Anggota Pengaman Indonesia Cedera Dalam Serangan IDF Di Selatan Lubnan

Athirah

Dua Anggota Pengaman Indonesia Cedera Dalam Serangan IDF Di Selatan Lubnan

JAKARTA, 11 Okt (Bernama) — Dua anggota pengaman Indonesia, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) cedera dalam serangan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) di selatan Lubnan.

Menteri Luar, Retno Marsudi mengesahkan bahawa kedua-dua anggota itu mengalami cedera ringan akibat tembakan kereta kebal IDF ketika mereka sedang memantau dari menara pengawal di pangkalan kontingen Indonesia di Naqoura pada pagi Khamis.

Kawasan ini dikenali sebagai ‘blue line’, dipantau oleh pengaman PBB di bawah mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang bertujuan mengekalkan kestabilan di Lubnan.

“Kedua-dua anggota itu menerima rawatan segera di hospital berhampiran dan kini berada dalam keadaan baik,” kata Retno dalam satu kenyataan.

Indonesia mengecam serangan itu dan menyeru agar siasatan menyeluruh dilakukan serta mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Kenyataan itu turut menekankan kepentingan menghormati kekebalan wilayah PBB dalam apa jua keadaan.

“Indonesia menegaskan bahawa sebarang serangan terhadap pengaman adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1701, yang menjadi asas mandat UNIFIL,” katanya.

Semasa menghadiri mesyuarat Sidang Kemuncak ASEAN di Laos, Retno berhubung secara langsung dengan komander Unit Sokongan Ibu Pejabat Pasukan Garuda mengenai insiden itu.

UNIFIL turut menggesa IDF untuk memenuhi tanggungjawabnya bagi memastikan keselamatan anggota dan kemudahan PBB, katanya.

BACA: Utara Semenanjung Dan Sabah Dijangka Terima Hujan Di Atas Purata Disember Ini – MetMalaysia

Sumber: Bernama