Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

ASP, Enam Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan, Cabul

Azizah Najib
asp enam polis ditahan
Kredit: Bernama

ASP, Enam Polis Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan, Cabul

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan (ASP) serta enam anggota polis termasuk seorang wanita ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan dan cabul di sebuah unit kondominium di Cheras pada 1 Okt lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata penahanan kesemua mereka dibuat berikutan laporan polis oleh mangsa pada Isnin lepas.

“Pada Isnin lepas, mangsa seorang wanita tempatan berumur 22 tahun telah membuat laporan polis dan pada hari sama polis menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 30-an hingga 50-an berhubung kejadian berkenaan namun mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita selepas program larian sempena Hari Sukan Negara 2024 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Sabtu.

BACA: BWC Beri Impak Positif, Kes Salah Guna Kuasa Turun – JKDM

Rusdi berkata kesemua mereka direman tiga hari bermula hari ini hingga Isnin depan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dalam hantaran di aplikasi Telegram seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pemerasan dan cabul sekumpulan individu di sebuah unit kondominium di Cheras.

Dalam hantaran itu, wanita berkenaan mendakwa diugut sekumpulan anggota polis yang membuat serbuan dengan meminta wang RM150,000 sebelum dikurangkan kepada RM90,000 selepas dadah ditemukan dalam pemilikan wanita itu.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa dibebaskan selepas dibantu seorang lelaki tempatan yang membuat pembayaran RM10,000 dan perlu membuat bayaran semula secara berkala dengan kadar faedah.

BACA: Tak Guna Bahasa Kebangsaan Pada Papan Iklan, DBKL Kompaun Lima Premis

BACA: Seorang Maut, Dua Selamat Dalam Insiden Bangunan Runtuh

Sumber: Bernama