Siakap Keli
Azlan Komeng Kemalangan
Gambar: FB Sharifah Shahora

Azlan Komeng Terlibat Kemalangan, Kereta Dipandu Dipercayai Bertembung Van

Azlan Komeng Terlibat Kemalangan, Kereta Dipandu Dipercayai Bertembung Van

Pelakon tanah air, Azlan Komeng, dilaporkan mengalami patah tangan dan kaki selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama isterinya, Nilam Ortiz.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isterinya dalam satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah lagi kenderaan lain dipercayai sebuah van dari arah bertentangan.

Maklum Nilam, suaminya kini sedang dirawat di sebuah hospital di Kuala Lipis selepas insiden yang berlaku semalam.

Sebak dengan kejadian yang menimpa dirinya dan suami, Nilam memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya termasuk Azlan yang kini sedang menerima rawatan.

“Mungkin saya yang meninggal kalau dia tak guna badan dia untuk halang kereta daripada rempuh saya sebenarnya,” kongsinya.

Tambah Nilam, dia memberitahu keadaannya kini sudah stabil dan hanya mengalami luka ringan termasuk bengkak.

Dia turut menzahirkan ucapan terhadap pihak yang telah membantu dan terlibat sama dalam kejadian semalam.

@puan_nilamortiz

terimakasih yang bertanya khabar

♬ original sound – puan nilam ortiz – puan nilam ortiz

Sementara itu, Sharifah Shahora yang juga rakan selebriti turut memuat naik gambar keadaan Azlan Komeng yang terlantar di katil hospital.

Gambar tersebut memperlihatkan keadaan sebelah tangan dan kaki Azlan sudah berbalut, termasuk foto keadaan kenderaan yang dinaiki pasangan terbabit.

“Pagi tadi tengok TT Nilam isteri kepada Azlan Komeng. Suami isteri kemalangan di Kuala Lipis semasa dalam perjalanan ke Tapak event.

“Nilam kata dia cedera ringan tapi Komeng patah dan retak di beberapa bahagian. Terkejut kita. Penggiat seni dan semua yang membaca doakan @azlankomeng dah isteri cepat sembuh supaya mereka meneruskan mencari rezeki,” tulis hantaran itu.

https://www.facebook.com/sharifah.shahorafull/posts/pfbid0egQgffUxf3n68hEzRbo9bangdq6owuFXwrmsCGRRgBestwj67Br8wb3ahogXWT7Wl

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan pasangan itu kembali sihat seperti sediakala.

“Semoga cepat sembuh kak dan suami Aamin,”

“Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,”

“Ya Allah berilah kesembuhan, berilah kekuatan atas ujian yang dihadapi ke atas suami dan istri ini. Allah sentiasa ada bersama puan,”

BACA: Pemuda Kongsi ‘Hidup Senang’ Sebagai Penoreh Getah, Kewangan Stabil Sebab Amal Kaedah Ini

BACA: Teruja Nak ‘Unboxing’, Netizen Simpati Wanita Warga Emas Kecewa Dapat ‘Periuk Nasi Mini’

BACA: “Macam pernah nampak…” – Netizen Kagum Proton Waja Digunakan Polis Luar Negara

Sumber: TikTok @puan_nilamortizFacebook Sharifah Shahora

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.