Siakap Keli
Kanak-kanak Maut Dibaham Buaya
Gambar: Bernama

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dibaham Buaya

Kanak-Kanak Lelaki Maut Dibaham Buaya

LAHAD DATU, (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut dipercayai dibaham buaya di Pantai Sinakut, Tungku pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata mangsa dipercayai Denis Rodi,10, ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan tangan kanan pada 9.26 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa sebelum itu sedang mandi di pantai berkenaan bersama lima rakannya.

“Mangsa kemudian disambar buaya dan diseret ke tengah laut. Ahli keluarga dan penduduk kampung berusaha mencari mangsa tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata laporan berkaitan kejadian dibuat bapa tiri kanak-kanak itu dan empat anggota polis kemudian melakukan pencarian bersama penduduk kampung.

Mayat katanya ditemukan kira-kira 600 meter dari lokasi kejadian.

Dzulbaharin meminta saksi kejadian menghubungi Ketua Balai Polis Desa Kencana Insp Junis Bulansar @ Matius menerusi talian 013-8742 128 bagi membantu siasatan.

BACA: KD Pendekar Berjaya Diapung Semula – TLDM

BACA: “Capo” Lekir Umum Tidak Lagi Bersama Ultras Malaya

BACA: Lelaki Kongsi Pengurusan Tong Sampah ‘Terlebih Moden’ Di Turki, Komen Netizen Malaysia Pula Curi Tumpuan

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.