Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lapan Sami Maut Dirempuh Pikap Dipandu Kanak-Kanak
Lapan sami Buddha terbunuh manakala 13 lagi cedera selepas dirempuh sebuah pikap yang dipandu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam kejadian di wilayah Mukdahan, timur laut Thailand, pada Khamis.
Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari di Ban Na Si Nuan, daerah Mueang.
Pasukan penyelamat, polis dan petugas kecemasan yang bergegas ke lokasi mendapati ramai mangsa terbaring di atas jalan serta di bahu jalan akibat rempuhan tersebut.
Jurucakap polis berkata, lima sami disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
"Seramai 13 sami yang mengalami kecederaan serius telah dihantar ke beberapa hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan kecemasan," katanya.
Menurut laporan media tempatan, pikap terbabit dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dipercayai membawa kenderaan itu tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapanya.
Siasatan awal mendapati kanak-kanak tersebut memandu dari daerah Don Tan menuju ke daerah Mueang sebelum dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sekumpulan sami yang sedang berjalan kaki di tepi jalan.
Ketika kejadian, seramai 34 sami sedang dalam perjalanan ziarah dengan berjalan kaki dari wilayah Ubon Ratchathani menuju ke daerah Don Tan di Mukdahan.