Siakap Keli
Kanak-Kanak skill boling
Gambar: TikTok @delrio1988

“Undur geng, bukan lawan kita ni..”, Aksi Kanak-Kanak Pamer “Skill” Boling Raih Perhatian

“Undur geng, bukan lawan kita ni..”, Aksi Kanak-Kanak Pamer “Skill” Boling Raih Perhatian

Tentu ramai di antara kita yang gemar bermain boling, malah ada yang menjadikannya sebagai hobi pada hujung minggu.

Tidak hairan mengapa, sukan ini bukan sahaja untuk mereka yang dewasa, tetapi terbuka kepada golongan kanak-kanak.

Permainannya mudah sahaja, pemain hanya perlu membaling bola bertujuan menjatuhkan kesemua pin yang berada di hujung lorong.

Peserta yang berjaya menjatuhkan semua pin pada balingan pertama akan dikira ‘Strike’. Manakala balingan kedua dipanggil ‘Spare’ untuk mereka yang gagal menjatuhkan semua pin pada balingan pertama.

Kecil bukan sekarang kecil

Baru-baru ini sekumpulan kanak-kanak mencuri perhatian ramai apabila bermain permainan itu di Mega Lanes Bowling Centre, Central Seberang Perai.

Kanak-Kanak skill boling
Gambar: TikTok @delrio1988

Dalam video tular yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @delrio1988, kesemua mereka itu kelihatan riang bermain sukan itu termasuk mengenakan jersi seragam.

Menariknya, setiap balingan bola mereka berjaya memperolehi Strike atau Spare diikuti sorakan semangat.

Lebih-lebih lagi, setiap daripada mereka mempunyai kemahiran “skill” membaling yang sangat cemerlang.

Gambar: TikTok @delrio1988

“Walaupun semangat tapi tetap comel,” tulis hantaran itu pada ruangan kapsyen.

Perkongsian itu nyata mencuri perhatian rata-rata netizen yang terkesima melihati kanak-kanak itu bermain boling.

Sebahagian mereka turut menyifatkan masih belum mahir dalam bermain sukan ‘indoor’ itu.

Berikut antara komen pengguna;

“Urm maaf tak dapat join. Bola boling saya bocor kurang angin. Abang balik dulu dik,” tulis seorang pengguna.

“Dekat 20 tahun dah main boling kalau lawan budak ni, aku kalah teruk rasa,” komen seorang pengguna.

“Koyak mental aku kalau lawan diorang ni,” komen seorang lagi.

“Kalau aku kat lane sebelah budak-budak ni. Aku balik. Taubat takmau main boling dah. Banned terus haha,” seloroh seorang lagi.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 2 juta tontonan dengan lebih 171,000 tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen daripada warga maya.

@delrio1988

Walaupun semangat tapi tetap comey. #fyp #foryou #foryoupage #bowling #bowlingtiktok #kids

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Sumber: TikTok @delrio1988

BACA: Malaysia ‘Pesaing Yang Menakutkan’ – Thailand

BACA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

BACA: Al-Sultan Abdullah Berkenan Ziarah Mangsa Kemalangan LPT

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.