Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
datang malaysia kerana xbox
Kredit: AFP/Captain Awesome
Tiada Kategori

“Buatan Malaysia,” YouTuber Kongsi Kisah Datang Ke Malaysia Kerana Xbox

Azizah Najib

“Buatan Malaysia” YouTuber Kongsi Kisah Datang Ke Malaysia Kerana Xbox

Malaysia sering terkenal dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik selain budaya dan keramahan penduduknya menjadi tarikan pelancong luar negara.

Dalam masa yang sama, keunikan masakan dan hidangan tempatan turut menjadi daya tarikan yang tidak dapat disangkal.

Walaupun begitu, tidak pernah kita sangka, ada juga pelancong yang tertarik untuk datang ke Malaysia disebabkan teknologi yang ada. Selalunya, jika sebut tentang teknologi, mata akan memandang ke arah Jepun, atau Jerman yang menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenama kereta mewah.

Rupa-rupanya, seorang YouTuber terkenal, Emmanuel Chukwuemeka Olalere tertarik untuk datang ke Malaysia disebabkan sekotak Xbox.

BACA: Cip Xbox Series X Versi Baharu Dengan Label “Made In Malaysia” Curi Perhatian Netizen

Menerusi muat naik di laman X miliknya, pemilik akaun YouTube Geekception ini menceritakan kenangan ketika zaman kanak-kanak yang membawanya ke Malaysia.

Label Made in Malaysia yang dilihat tertulis di bawah Xbox miliknya pada 11 tahun lalu membuatkan hatinya tekad untuk menjejakkan kaki ke Malaysia suatu hari nanti.

“Fakta menarik, saya sememangnya datang ke Malaysia disebabkan Xbox.

“Sebagai seorang budak, saya ada Xbox yang saya asingkan bahagiannya untuk naik taraf cakera keras Xbox itu. Di bahagian bawahnya, saya nampak ada teks ‘Buatan Malaysia’. Terus terngiang,” katanya.

Menurutnya lagi, 10 tahun kemudian ibunya memberi ruang kepadanya memilih tempat untuk menyambung pelajaran. Sudah tentu, dia memilih Malaysia.

BACA: Lukisan ‘Venom Batik Malaysia’ Ciptaan Pelukis Tempatan Curi Perhatian Netizen

“Saya teringat tentang Xbox, Malaysia. Saya fikir, kalau mereka boleh hasilkan Xbox, mesti negara tu negara yang bagus. Jadi saya pilih Malaysia,” tambahnya.

Pada awalnya, YouTuber ini datang ke Malaysia kerana Xbox. Namun kini, cintanya turut dibahagi kepada pisang goreng.

“11 tahun kemudian saya masih di sini. Sekarang secara rasminya terkenal sebagai duta pisang goreng,” kongsinya lagi.

Biarpun pada asalnya perkongsian ini tentang Xbox, namun warga maya lebih tertarik dengan minat YouTuber ini terhadap pisang goreng.

“Comelnya kisah ni. Harap awak bergembira,” kata seorang warga maya.

“Satu perkara yang random untuk tahu tentang Malaysia (dan awak), saya tak tahu pun (saya orang Malaysia),” kata seorang lagi.

“Comelnya! Makanan ringan kegemaran saya pun pisang goreng. Kalau saya betul-betul teringin, saya akan beli pisang, goreng sendiri, lepas tu makan sepanjang hari,” ujar seorang peminat pisang goreng.

BACA: Proton X70 2025 Kini Dilengkapi Apple CarPlay

Sumber: Captain Awesome